Bahasa Oh Bahasa

Assalamualaikum

Terasa hari ni nak mencoret sikit pasal bahasa. Bulan ni terasa macam jadi student bahasa la pulak. Agaknya sebab dah selalu sangat kena sumbat dengan subjek sains, sekali sekala belajar bahasa macam rasa tenang sikit. Tak nak la saya cerita panjang lebar tentang kepentingan bahasa. Karang jadi karangan bahasa melayu pulak. Cumanya saya nak cerita yang kebelakangan ni hidup saya penuh dengan pelbagai bahasa. Mode bahasa sudah mengeluarkan auranya..@_@

Ada apa dengan bahasa?

Semuanya bermula bila saya terpikir nak letak status apa di YM. Kebetulan waktu tu, kepala tengah tak betul sikit. Nak merapu kat YM kang macam tak best pulak sebab ramai paham. Makanya tetiba je keluar ilham "apa kata kita pakai bahasa lain??" Ha!! best gak! Orang tak paham. Hehehe.. ^_^Tapi malangnya, YM punya status tak boleh copy paste. Maka terpaksa la pakai khidmat romanization untuk membunyikan segala bahasa yang saya pakai. Kebiasaannya saya guna bahasa Korea atau Jepun. Sebab tak ramai tau. Kalau guna english, arab atau melayu semua orang paham. So, tak best la.. Nak merapu pun macam shy-shy cat plak. Ops..


Rupanya sejak tu, saya mula jadi addicted dengan bahasa. Yang menariknya, bila saya guna bahasa lain di semua tempat seperti YM, buku tulis, friendster, meja dan sebagainya, terasa macam semangat dia lain sket. Macam apa ek? Macam jadi booster kot supaya jadi lain dari yang lain. Kiranya macam uniknya. Saya je paham.^_^Ramai gak kawan-kawan yang tegur tentang status saya yang macam alien.. Takpelah, alien pun alienlah, janji saya seronok suka hati.. Cumanya kadang-kadang terkantoi gak dengan orang yang faham bahasa tu.. Tambah-tambah bila tatabahasanya tunggang terbalik. Hehe.. Takpe, kita kan baru belajar. So, normal la kan... (,")

Lagi satu, bila saya pakai di Friendster, tak sangka pulak benda itu menyebabkan saya dapat kawan baru. Kawan baru tu pulak mestilah yang faham apa yang saya tulis. Maka mostly mereka yang paham adaah mereka yang duduk di negara tempat bahasa tu diguna
pakai. Tak kiralah Melayu ke Korea ke Jepun ke. Ramai gak.. Cam best jer.. Hehe.. Lagi unik, kadang-kadang kami berkomunikasi guna bahasa dan tulisan bahasa tersebut.
Semacam satu kepuasan bila kita mampu faham apa yang orang luar cakap.

Kadang-kadang terpikir gak, English dengan Arab aku pun tunggang tebalik lagi, inikan pulak nak belajar bahasa lain.. Tapi saya rasa baik je tau semua sekali walaupun seciput. Okla kan kalau nk survive.. Bukannya kena jadi sasterawan dulu baru boleh gunapakai bahasa-bahasa tu. Maka, mulai ini saya semangat nak belajar bahasa baru.. Hobi baru saya sem ini ialah belajar bahasa!

Problem buku? cikgu? duit? Ish, tak payah fikir teruk-teruk! Kita belajar guna kemampuan yang ada cukuplah.. Nak tau cara saya? Saya guna kawan, internet (kamus + penterjemah online) dan lagu je. Tiga-tiga ni adalah sumber saya belajar bahasa. Dengan kawan, kita banyak tanya. Kawan saya pun memang ada jadi cikgu bahasa pada saya. Percaya atau tak, kadang-kadang kami bersembang guna bahasa 'non-malay-non-english-non-arab'. Ni untuk bahasa Jepun.. Memang tensen gak nak menterjemah sepatah-sepatah dalam kamus online. Tapi takpe.. Fighting!!!

Saya banyak guna lagu dan internet jadi sumber rujukan. Internet tu dah terlampau cukup untuk belajar bahasa. Cumanya nak cari atau tak nak je la.. Tak pun, bila kita tengok cerita mana-mana, pandai-pandaila tangkap bahasa dia. Insyallah boleh punya. Terus terang saya bukak rahsia nih.. Saya belum master mana-mana bahasa yer! Maka, kalau nampak saya guna bahasa pelik tu, ketahuilah saya menggunakan khidmat-khidmat yang telah diberitahu tadi.. Hehehe.. Lepas ni jangan nganga lagi ye! ^_^

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Saya punya semangat belajar bahasa sampai sanggup tulis setiap patah ayat dalam cerita telonovela kat tv tu. Sekarang adik saya sudah ikut jejak tapi dia baik sikit kot sebab tak salin ayat tv. Tapi dia salin setiap patah perkataan jawa yang nenek saya sebut. Lawak betul tengok. Nasib baik nenek sporting je.. ^_^ Ha, jangan tak tau! Saya punya darah jawa dalam family masih tulen. Kat kampung di Sabar Bernam tu, takde siapa cakap melayu tau! Jawa only..! Makanya, kami yang dah terkeluar dari lingkungan perumahan kawasan jawa terpaksa merangkak-rangkak jugak nak belajar. Sesi saya belajar jawa dah upgrade sket kot. Saya boleh paham bahasa Jawa tapi saya tak boleh balas sepenuh ayat. Semua gara-gara selalu kena leter dengan nenek. Maka saya hafal setiap ayatnya. Hehehe.. Nakal betul dulu! ^_^ sapa-sapa nak test sila-sila.. Kat Irbid nih rasanya saya ada ramai geng jawa. Kankankan..

Alhamdulillah loghat Malaysia pun dah naik taraf sket sejak keluar Malaysia. Perak hilir, utara, Selangor sudah dalam tangan. Tinggal Terengganu, Kelantan , Nogori ngan Sabah Sarawak je lingkup lagi. Terima kasih la yer cikgu-cikgu lughah sekelian. Tapi sedih betul sebab tak ramai boleh kesan saya orang mana. Sebab selalu alih bahasa kah?? Nak buat camne? Dari kecik ulang alik utara, jawa, selangor, lidah punya butang change language sudah automatik.. Tapi takpe je, setiap orang lain negeri, kita speaking lain-lain yer.. Baru best.. Kesian sorang kawan tu dia je speaking perak hilir, takpe2 meh teman jadi partner kome speaking bahaser kiter yerk.. Hehe.. Saya suka bahasa!

Tujuan utama post sebab kesian dan tak sampai hati tengok kawan-kawan terkejut sangat saya kononnya terer bahasa... Adoilah.. Sangat lawak! Tapi insyallah, dalam masa beberapa tahun lagi, saya nak cuba jadikan benda ni realiti. Impian kalau boleh bila habis belajar time balik Malaysia kang, saya nak fasihkan tiga bahasa utama Malaysia iaitu Bahasa Melayu-Cina-India.. Kang dapat lebih bahasa, lagi best.. Y(~_~)

Opss, tapi ingat satu benda.. Senpai saya pesan kalau belajar setakat nak faham cerita dan lagu, sila lupakan niat anda.. Hoho.. Amaran tu.. Kita belajar biarlah ikhlas lillahi ta'ala.. Bagi saya, selain itu tujuan utamanya juga saya nak tambah life skill. Takdelah nganga ajer kalau pegi mana-mana.

Setakat ni sedang mendampingi bahasa Arab, Korea, Jepun, Cina, France.. Bahasa lain macam best tapi sebab tak reti sebut (contoh : Rusia), maka kita lupakan dululah yer.. So, sapa-sapa nak join sama, sila-sila.. Rahsia sudah terbongkar. Korang suma dah tau apa rahsia saya tahu banyak bahasa. Maka, lepas ni harap saya tak masuk lagi golongan 'menipu'.. Hoho... Mode Insaf.. T_T Takde niat yer..! Nak bising segan, tapi dah ramai tanya, nah amik ni skema jawapannya.. Hehe...

Sekian. Majulah Bahasa Untuk Negara!! ^_^

Terima kasih - Thank you - Syukran - Kamsahamnida - Arigato gozaimasu - Gracias - Salamat - dyajuku - xiexie - Merci - Dank u wel - toda - nandi - spasibo - dĕkuji dĕkuji vám - danke - obrigada -

p/s : esok saya exam wellness and fitness.. sabtu ni VB pulak. pastu stat final dah.. Doakan saya yer!! (-_-)

7 comments

Pijah | July 31, 2008 at 7:19 PM

Gomapseumida is a more polite, honorific way of saying 'thank you'.
Kwn la ckp. hehe. saya pun suka belajar bahasa esp korean and japan. tp ikut kepentingan tinggal di msia ni, cina la penting. tp, tak berapa suka. :P

Ainul Arina | August 1, 2008 at 1:00 AM

pijah:

aa... thanks kasitau.. actually memang dlm sesetengah bahasa banyak caranya.. ada yang formal a.k.a skema dan ada gak yg tak formal a.k.a slumber.. akak lagi suka pakai yg biasa2 je.. hehe.. kenapa tak suka belajar cina pijah?

Han HM | August 1, 2008 at 9:46 AM

wihihi...

sonok dgr kome ckp peghok.. *eheh aku bntai..

bersama blajar bhasa!

keep up the spirit gurl..

kop kun kap.. (syukran)

;)

* silalah tukar ejaan nama ku.. link slh xpo laei. namo ayah den tu.

Anonymous | August 6, 2008 at 8:51 PM

me aifo yadakti 'toda'???haha.beseder.ata rosh gadol.btw,ani lo medeber ivrit beketsur.ani lomid me yedidim syeli me falistin.ani ohev ldeber leshonet.(dr mana tau perkataan 'toda' ni.haha.baguslah.kau ni bijak la.btw,aku tak berapa sgt cakap hebrew ni.aku belajar dr kawan2 aku dr falestin.aku suka gak belajar bahasa)watashi wa o nihongo hanashimasen.t'appren francais?

Anonymous | August 6, 2008 at 8:54 PM

oh han hm.kalo utk pempuan lebih sesuai pakai kob kun kah.laki2 kob kun krab.kao hai allah kum krong krab(moga allah merahmati)

Ainul Arina | August 9, 2008 at 3:04 PM

anoynymous:
Annyong haseyo?...Ch'oum poepgetsumnida? urm, igeo mwo-ya?.. a.. arasou.. ! ni hebrew punya language kna? @_@
la.. ada translation ke bahasa hebrew kat sebelah tu? tak perasan betul. penat2 cari translate. dah jumpa makna semua, baru terperasan maknanya dah ada di sebelah.. huhu..hebatnya tau bahasa hebrew..bahasa tu complex snagt. ani lo medaberet ivrit..yadakti ktsat m- kri'a sefer.. francais? Jene parle pas bien francais..Oui, un petit peu.Je l'aime beaucoup. hurm...Enchantée anoynynous..Comment tu t'appeles ? Tu es d'où ? JOrdan?
Huhu.. suzhusii ne? cam best plak ada orang boleh tolong balas dan pham apa yg sy cakap wlupun kdang2 mmg saja taknk kasi org paham.. well, kita cuba blajr utk dapatkan kelebihan ada bahasa lebih.. ^_^ suki des!sila2 anoynymous.. berspeaking la slalu dengan sy.. hehe... geurae geureum jal ga.. annyeong!

Ainul Arina | August 10, 2008 at 3:52 AM

hanan:

aiseh han.. sorila ... selalu lupa.. hehe.. karang2 la yer aku tukar.. napa han? nak join kami speaking peghok ke? mariler... kecik tapak tangan, laut china selatan teman tadahkan... ^_^ orang suka gak dengar ko sepaking nogori.. Nganga weh first time dengar ko speaking dalam telefon haritu.. Hehehe.. habislah aku masuk planet lain kalau gi negeri sembilan nih..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images