Ziarah Race

Assalamualaikum

Lama benar terbiar blog ni selepas mula bercuti. Hari ni sudah masuk hari ke-6 cuti semester dua. Kalau dulu bersemangat hendak bercuti, sekarang mula terasa kebosanannya. Rancangan-rancangan masa cuti ada yang sudah siap, dan ada pula yang terpaksa dibatalkan. Natijahnya, bosan-bosan begini mulalah mengharap semester cepat bukak. Lepas habis kelas, boleh cepat balik Malaysia. Hehehe.. Ada banyak je benda berfaedah boleh dibuat, cumanya mungkin malas je lebih.

Cuti-cuti musim panas begini menyebabkan semua orang malas keluar dari rumah. Sebabnya cuaca sangat terik dan kering. Tapi masih ada jugak kawan saya yang membuat aktiviti ziarah rumah ke rumah cuti ni. Katanya target sehari satu rumah. Bagusnya dia! Bukan senang nak menziarah selalu. Tambah-tambah bila semua sibuk.

Sebut-sebut tentang ziarah ni, saya teringat tentang budaya bermasyarakat di Malaysia. Di bandar, semuanya dah makin hilang. Sibuk mengalahkan menteri sampai tak sempat nak bertegur sapa dengan jiran serumah. Kalau ada yang peramah pula, disangka suka menjaga tepi kain orang. Maka, semuanya balik rumah tutup pintu masing-masing. Hatta jiran sebelah rumah pun tak dikenali. Alhamdulillah, di kampung mungkin berbeza. Harapnya orang-orang kampung takkan jadi seperti itu. Bosannya hidup tanpa masyarakat!

Di Irbid, bilangan pelajar Malaysia masih sedikit. Campur lelaki perempuan, semuanya hanyalah 300 orang sahaja. Kalau purata bahagi dua, mungkin perempuan setakat 150 orang. Hurm, kalau tak kenal semua, rasanya macam tak patut pulak. Sikit je tu. Kalau nak banding di Mesir, batch first year tahun ni sahaja dah 200 lebih. Belum campur budak private dan senior-senior. Sepatutnya dalam bilangan sekecil itu, semua orang patut kita kenal. Kalau susah mengingat nama, sekadar mengecam muka pun sudah ok. Tapi bila dah dicam, kenalah tau nama juga. Tambah-tambah nanti adik-adik junior baru nak datang, lagilah bertambah bilangan ahli Irbid. Kalau tak kenal sekarang, bila lagi. Takut-takut nanti senior disangka junior dan sebaliknya. Tak nak la orang-orang Irbid menjadi enau dalam belukar.

Alhamdulillah, ramai pelajar sini ada kesedaran tentang hidup bermasyarakat. Buktinya, PERMAI (Persatuan Pelajar Malaysia Irbid) ada anjurkan program Ziarah Race. Setiap rumah diberi klu tentang rumah yang perlu diziarahi. Ok la tu.. Sekurang-kurangnya masih ada pendorong untuk orang datang berziarah. Cumanya rasa terkilan sikit sebab program buat waktu sekolah. So, masa nak berziarah tu macam singkat. Kena curi-curi masa. Siapa yang dapat habiskan tu, memang tabiklah!!.. Saya sendiri tak sempat ziarah habis lagi serumah. Sebabnya jauh sangat. Malas mencari.. Ops, malas lagi.... Bukanlah, lagi sedap kalau dikata tak sempat. Kan tengah exam.. :P

Semalam, saya dapat amanah dari Biro Program Haflah Khirij dan Hari Wanita PERMAI untuk menjadi pembanci tak bertauliah. Tugasan saya ialah saya kena pergi seluruh rumah di area zamzam ( rumah berdekatan pasaraya Zamzam) dan ambil undian untuk anugerah pelajar akhawat bagi kategori tertentu. Mula-mula dapat tugasan tu, terasa malasnya nak keluar terik-terik macam ni. Dah la rumah-rumah tu sampai dekat 10 buah. Aduh.. Tapi mengenangkan dah sendiri terima amanah, so kena lah buat jugak. Makanya, rakan serumah yang comel dan baik hati, Maisarah dipaksa menjadi peneman sebab saya tak khatam lagi kedudukan rumah-rumah area zamzam. Thanks Mai!

Bermula dari Bayt Yara ke Bayt Al-Fateh dan seterusnya ke rumah-rumah lain, kami berdua pergi berjalan kaki untuk mengambil undi. Panasnya usah dikira. Di kepala ni sudah terbayang-bayang, time mesyuarat nanti nak bangkitkanlah usul buat undian sms atau ym. Senang sikit kerja. Hehehe.. Tapi bila difikir-fikir balik, bagus jugak jadi posmen macam ni. Bila lagi kan nak jalan rumah-rumah senior di sini. Tak semua pernah saya datang melawat. Oh ya, untuk pengetahuan di area ni rumah saya sahaja rumah student first year. Lain-lain semua rumah senior. Maka, nak berzaiarah selalu pun macam segan-segan sikit. Kali ni senanglah, datang dengan tujuan, bolehlah menyibuk ke rumah.. :P

Seronok sangat berjalan hari ni. Pertamanya sebab dapat pergi rumah senior yang tak pernah pergi lagi. Kemudian, bila dah pergi tentulah ada sesi sembang-sembang sambil undi. Tebal jugak muka nak bertaaruf semula pada yang terlupa. Huhu.. Pengajarannya silalah mengenali semua orang yer.. Susah kalau tak kenal orang nih. Malunya membukit.. Bukanlah saya tak kenal langsung, muka cam je tapi nama je lupa. Hehehe..

Bila dah ada sesi taaruf, makin rancak pulak sembangnya. Alhamdulillah, insyallah hari ni dah khatam semua penduduk area zamzam.. Contact semua ada dalam tangan.. Ahli bayt pun sudah boleh dihafal. Lepas ni tak delah segan-segan nak tegur-tegur tengah jalan. Selalunya senyum dan sembang-sembang gitu-gitu je walaupun dalam kepala nih jenuh fikir apalah nama senior-senior nih.. Huhu, nasib baik boleh panggil kakak je. Kalau ada yang tanya nama on the spot, haru la saya..! Lupa punya psal la nih.... Prinsip saya biar orang tak kenal saya, janji saya kenal orang! Maka, saya tak kisah kalau saya mulakan dulu berkenalan dengan sesiapa.

Keduanya, saya dapat banyak upah. Huhu.. Itulah kelebihan kenal senior. Ops.. :P Kalau dikumpul-kumpul, hari ni upah saya sepanjang jadi posmen ni saya dapat buah, air, dapat pinjam buku novel dan cd dan macam-macam lagi. Lagi satu, kitaorang dapat buku dan nota percuma dari senior untuk subjek semester ini. Alhamdulillah.. Bila ditanya, rupanya ramai senior-senior area zamzam ni yang nota dia free. Hehe.. Itu bestnya jadi satu-satunya rumah junior kat area sini. Lepas ni, takyahlah nyibuk mintak kat akak-akak area lain. Area ni je ramai yang sukarela dan sukacita nak memberi..

Yang paling penting, kenalah kenal kakak tu dulu. Kalau pandai mintak tapi tak kenal akak tu siapa, terasa macam apa jer.. Maluuu sangaat.. Apa-apapun, terima kasih yer senior-senior.. Ni yang sayang senior-senior Irbid nih. Semua baik-baik belaka. Ahaks! Ish, tak patut betul saya ni kan? Bukannya saya nak kata kena berkenalan untuk dapat something, tapi ini hanya kebaikan sampingan. Yang utamanya, kita berukhwah kerana Allah..

Manusia takkan dapat hidup seorang diri.. Walaupun ada kawan, masyarakat takkan boleh dilupakan jugak. Sebab andai kata kawan jauh, hanya masyarakat terdekat je boleh tolong kita. Sebab tu kita digalakkan hidup bermasyarakat. Ramahkan diri anda dan tegur-tegurlah orang sekeliling. Kalaupun masih gagal bermasyarakat secara erat dengan komuniti arab di sini contohnya, pastikan kita dah fully kenal dengan komuniti melayu di sini. Tambah-tambah kita di negara orang. Orang-orang kita juga yang akan bantu kita kalau ada apa-apa kelak.

Maka, kesimpulannya semua kenalah jadi orang yang hidup bermasyarakat. Bila berjumpa, bertegur sapa dan sebagainya. Insyallah, saya juga akan cuba yang lebih baik dari diri saya sebelumnya. Paling kurang, kita senyum bila berjumpa. Kalau rajin, ziarahlah rumah-rumah rakan-rakan yang lain. Semoga ukhwah yang terbina akan mendapat rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t. Amin... ^_^Y
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images