Summer Semester

9:48 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

wa, dah lama rasanya blog saya berhabuk.. 'sibuk' betul time cuti nih.. :P Penuh aktiviti yang dah dibuat..

Sekarang dah masuk semester soifi(summer). Aduh, panasnya bukan main. Pukul 10.30 pagi time nak nak pegi kuliah pun matahari nak memancar terang dan garang. Owh yer, kelas haritu dan diubah. Cancel ambil food, saya ambil wellness pulak. Berkurang sikit gap antara kelas. Kuliah pun mula pukul 10.30, so tak payah berebut-rebut naik bas ngan budak-budak arab dan melayu yang lain.

Waktu summer nih, dugaan memang banyak betul la.. Pertamanya, dari segi semangat nak ke kuliah. Siapa seronok nak pegi time panas terlampau macam sekarang. Cepat sangat nak letih. Nasib baik kelas kali ni semua masih di kuliah tibb, so tak payah rush-rush nak lari..

Bila berjalan tu, memang sentiasa ghadulbasar(menunduk pandangan) la.. Sebabnya pening sangat kalau angkat kepala. Pertama pening sebab terlampau terang dan silau. Keduanya pening sebab tengok pakaian budak-budak arab musim nih. Wa, makin ketat, sendat serta singkat!.. Kalau macam ni la perangainya, baik winter je memanjang. Semua orang litup-litup. Time panas, semua pakat dedah-dedah.. Kesian betul kat kaum adam.. Semoga korang istiqamah la ye jaga pandangan tu.. Huhuhu...

Kuliah kali ni setiap hari. So, nak tak nak kenalah bersemangat jugak pergi. Tapi selalu sangat time kelas-kelas hujung, mesti mata layu sebab pening ngan penat. Tambah-tambah bila masuk dewan. Luar punya terang silau, sekali mausk dalam romantik betul lampunya.. Berpinar mata sebab drastik sangat kejap silau kejap terang.


Nasib baik tinggal 2 bulan jer. Tak sabar nak perabih kuliah kali ni. Lepas tu, saya boleh balik Malaysia!! Dalam kepala ni dah rancang macam-macam nak buat apa kat Malaysia nanti. So, sekarang kena tumpu belajar betul-betul.. Kang kalau malas-malas, exam hancur plak, langsung kena tahan kat sini. Wa!! tak nak! Nak balik..!

Oklah, doakan saya dan kawan-kawan sukses kat sini yer... Selamat kembali ke Malaysia pada yang dah nak balik dan selamat sambung belajar pada semua budak-budak JUST!.. ^_^
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *