Ragam Pak Cik Arab Pelik

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Selesai sudah peperiksaan akhir semester dua bagi tahun ni. Dengan berakhirnya paper histology pagi tadi, maka bermulalah sesi cuti semester kedua kali ni. Rasa terangkat seketika beban yang tertanggung di bahu. Semua sudah selesai. Kini, yang tinggal hanya tawakkal kepada Allah. Moga-moga usaha selama ini akan membuahkan hasil yang bernilai. Selamat tinggal juga pada subjek-subjek semester ni. Terutamanya pada Encik Kimia Organic. Bye!! ^_^

Markah-markah untuk setiap subjek juga dah mula keluar... Alhamdulillah melepasi target sasaran walaupun ada sedikit sebanyak yang macam kurang sikit. Takpelah.. Dah itu rezeki yang saya dapat. Bersyukur la...

Lepas exam tadi, terus kawan ajak ke balad untuk cari barang keperluan rumah yang dah nak habis. Dah lama rasanya tak jelajah balad. Asyik terperap je dalam rumah study untuk final. Apa lagi, petang ni jalan sakan! Habis semua kedai masuk. Pasar reject pun habis dipusing sampai terlajak ke kawasan yang sangat asing. Tempat baru ni! Tak pernah pulak sampai ke sini.. Panjang betul pasar reject Irbid ni. Siap terjumpa kedai pakaian 75 kursh! Rekod baru nampak! Selalu paling murah kedai 1 dinar. Tapi bukan semua baju second-hand tau.. Baju-baju reject yang masih berplastik pun ada..! Sila-sila siapa-siapa yang ingin berjimat atau sedang sengkek, bolehlah ke sini yer.. (",)

Memandangkan final dah habis, maka saya dengan baik hatinya telah membelanjakan diri saya sendiri dengan membelikan 4 buah buku bacaan dari kedai buku second-hand kat sini. Nak cari buku baru berbahasa inggeris bukan senang di Irbid. Di Amman ada la.. Kalau ada pun, tersangat la mahal!! Nak beli kitab Arab, yang di rumah pun belum terkhatam lagi. Masih merangkak memahami makna, maka kita beli je la yang second-hand pun.. Oklah dari langsung tiada kan..

Kali ni, terjumpa seorang pak cik arab pelik. Dia sangat pelik tengok kami. Siap tanya lagi yang kami ni bangsa apa dan dari mana. Bila diterangkan tentang Malaysia, pak cik ni memang blur.. Yang dia tahu cuma arab, kalau bukan arab maknanya yahudi. Ha??!! Na'uzubillah.. Apalh pak cik ni, kot ye pun takkan tak pernah nampak bangsa lain.. Agaknya sebab kedai dia ni tersorok kot, so jarang budak Malaysia merayau-rayau area tu, maka dia jarang nampak bangsa Malaysia.

Kebiasaannya, memang orang arab kadang-kadang sangat teruja bila melihat dan mendengar kita ni beragama islam dan mengamalkan cara islam yang betul dari sesetengah dari mereka. Tapi kes pak cik ni lain pulak jadinya. Agaknya sebab terlalu mempromosi Malaysia dengan rakyat dan kecantikan alam semulajadinya, tiba-tiba pakcik tu mintak nak kawin ngan orang Malaysia. @_@ Dush!! Tergamam pula kami yang bercerita. Nasib baik kitaorang pandai pusing-pusing ayat nak ngelak. Sori ye pakcik! Terpaksa pulak buat cerita kami dah ada yang punya..( ampun pak cik, ayat mulut je tu. dalam hati, kami ni kepunyaan family dan tak berminat nak kawin lagi..) Huhu..!! Naya betul!

Bila taknak, disuruh pula kami jadi agen pencari jodoh. Sempat pulak kasitau dia sanggup tunggu beberapa lama pun sebab Malaysia ni muhtaram( mulia). Alamak, macam tu pulak jadinya.. Hish, pak cik ni sangat pelik.. Nasib baik barang-barang kedai dia murah dan lawa. Tu pun, kami bergegas pilih. Habis-habis beli, terus kami keluar dan pegi tempat lain. Huhu.. Tak mau dah pegi kedai pak cik pelik tu!

Habis membeli belah barang rumah, kami terus balik. Malamnya keluar makan dengan kawan-kawan sekejap. Rumah jauh-jauh la kan.. Bukan selalu jumpa.. ^_^ Cemburunya dengar ada kawan nak balik Malaysia cuti bulan 6 nih. Bila la nk sampai bulan Ogos ni??!! Cepatla masa berlalu, saya nak balik! Huhu.. Tapi insyallah, plan cuti bulan 6 ni bakal terisi dengan baik. Kalau diizinkan Allah, kami akan bertolak menunaikan umrah minggu hadapan dalam 9 Jun selama 10 hari. Doakanlah kami dapat pergi dan pulang dengan selamat dan lancar yer! Amin... Semoga cuti kali ni lebih bermanfaat dari hari-hari sebelumnya....

6 comments

Sarah Mohd Shukor | June 3, 2008 at 10:07 PM

alahai.. lucu plak ks baca ni. kawen je la dgn org arab. lawa keturunan kamu nnti. hihi. tp requestla nak kawen dgn sedara mara pakcik tu yg hensem kacak lg muda. huhu. erm.. best nya duduk sana. senang urusan nak buat umran semua ni...

Ainul Arina | June 4, 2008 at 6:06 AM

haha.. ks, buat masa nih macam takut sket la dengan perangai diaorang. baik tu baik sungguh. kalau ganas pun, ganas sungguh.. huhu.. :P phenotype memang kita kalah, tapi kesantunan kita menang kot..apapun, jejaka melayu masih mendapat tempat di sanubari. aicehh.. ish, kontroversi kang nih... ^_^ ala ks, kita tunggu dan lihat je nanti.. hehe.. alhamdulillah kali ni dapat kelulusan. Dulu tak pernahnya dapat. rezeki la kiranya kali nih.. :)

myfisol | June 7, 2008 at 8:14 AM

haha!..macam2 la pak arab nie..penah dengar driver teksi bawak lari wanita muda malaysia, x tau betul atau tak..next time bila bro & wife buat haji atau umrah kena hati2..kan dibawanya lari bini aku..keh2..

BTW, suka idea sarah tu..:)..memang bernas ideanya..

Ainul Arina | June 7, 2008 at 8:40 AM

bro fisol:
haha.. diaorang ni memang banyak ragam sket. kengkadang pening kepala dibuatnya.. pasal bawak lari tu ainul tak pasti plak.. tapi elok gak bro fisol jaga kak mai baik-baik.. naya je karang kalau kak mai hilang.. nangis tak berlagu la bro jawabnyer nanti.. :P amboi2!! sokong ks nampak! senang-senang ks je la datang sini.. ainul pekenal sorang orang arab.. mau?? diaorang suka gak yang comel-comel cam ks.. hikhik..

Sarah Mohd Shukor | June 7, 2008 at 10:08 AM

aaa. kamu ni nakal tau. mana ada pak arab nak yg pendek2 renek2 mcm ks ni ha. oh ada 1 pengecualian. klu kamu dpt kn sorg tokey minyak dr dubai, yg boleh buat ks x yah keje seuumur hidup, duduk rumah jd suri rumah sepenuh masa, jaga makan minum dia n anak2, urus rumah, haa.. yg tu ks nak sgt2. huhu.. :D

ada2 je la kamu ni.. :)

Ainul Arina | June 7, 2008 at 1:51 PM

ks:
amboi.. demand nampak!! erm, itu kacang je ks.. asalkan ks sanggup menjadi no ke empat pada yang tokey2 tua tu... mau ke? huhu.. arab sini dia tak kawin muda2.. semua kawin tua-tua.. mahar tinggi punya pasal la.. kalau ks nk yg kaya giler camtu, amik yg tua-tua la ks.. hehehe

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images