Marah dan kecewa


Assalamualaikum..

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)"

Such a nice and sweet consolation.. Dada yang sesak dan sempit terasa agak lapang bila terbaca ayat ini. Terasa seakan-akan Allah memahami tiap resah dan gelisah yang sedang kita hadapi walaupun kita cuba untuk tidak memperlihatkan isi hati sendiri.

Kenapa ya saya tulis tentang ini? Saya pernah berikrar yang saya tak mahu tulis tentang kesedihan, kekecewaan atau kemarahan atau yang serupa dengannya. Saya nak blog ni dibaca dengan penuh riang dan boleh memberi senyuman pada sesiapa. Tapi hakikatnya, saya manusia yang masih belum boleh tersenyum dalam duka. I'm trying very hard to be that kind of person but still i'm not.

Seseorang pernah cakap bahawa hidup tanpa masalah sama macam masakan tanpa garam. Tak sedap.. Tapi untuk memandang masalah sebagai 'penyedap' adalah suatu yang rasanya saya sendiri mengaku sangat susah dan berat. Tambah-tambah bila ia melibatkan insan sekeliling dan berlaku setiap masa. Batu yang keras pun kalau dititis air lama-lama berlekuk jugak... Trying to be cool and denying myself that i'm getting hurt is making me become a cold person. Haha..! Even a laugh and smile are all fake!!

Seriously, i need some medicine for this illness.. And now i'm writing all these for the sake of myself and my life.. Maybe, some of you can get the benefit too.. Tafaddhal.. Hari ni, saya nak bicara tentang hati dan perasaan.Bukan tentang cinta. Tapi tentang merawat hati yang dah makin luka parah sebab kena sebat dengan belati-belati tajam dari mulut dan perlakuan orang-orang yang tak pernah faham nak jaga hati orang!

Sedikit ingatan buat 'mereka',
Saya hormat anda sebab anda lebih baik dari saya. Tapi harapan saya, tolonglah musahabah kembali mana yang patut. Saya tak larat nak senyum dan gelak setiap kali 'kena'. Dah tak tahan rasanya asyik cakap pada diri sendiri yang kamu semua ni tak ada niat nak sakitkan hati saya atau apa-apa yang sekaitan dengannya. Tapi kalau lama-lama gak, hati batu pun lebih jadi pasir.. maaf, tapi saya bukan stone cold.. saya tak larat bertopeng dah.. saya harap sangat-sangat kamu boleh nampak the real of me.. Please! Saya dah penat berbaik sangka dengan kamu walaupun tiap-tiap hari saya diprovok dengan macam-macam benda. Tolonglah jangan biar saya terus tenggelam dalam perasaan nih. Jangan jadikan saya pendendam dan hipokrit. Saya sendiri tak mahu.. Tapi saya terpaksa telan semua sikap kamu dalam menjaga hubungan. Tolonglah jangan 'bunuh' hati saya. I am a human being.. Please undestand..!

Hurm, cukuplah sekadar ini saya meluahkan rasa. Seterusnya, saya harap lepas ni perasaan ni akan hilang bila saya tulis benda seterusnya. Tiada siapa yang dapat membantu saat ini, so rasanya biarlah saya cari rawatan sendiri... Mencari ubat sebelum penyakit ini melarat.. ("<) Sakit hati, kecewa, dendam dan sedih adalah perasaan yang menyesakkan. Andai dibiar, semuanya akan memberi tekanan pada jiwa kita. Justeru, kita sebagai tuan punya hati yang perlu mencari jalan untuk menghilangkan perasaan negatif ni. Biarlah siapa yang melakukannya, asalkan kita sedia untuk memaafkan dan tidak mengambil hirau tentang masalah itu, insyallah kita akan kembali 'sihat'. Saya pernah dengar satu kata-kata yang berbunyi " Hati ibarat rumah. Dan BENCI ibarat memberikan semua ruang di dalam rumah anda itu kepada perkara yang dibenci. Manakala anda pula sedang menggigil di luar kerana ketiadaan ruang di dalam rumah. Akibatnya, anda sengsara sendirian" Ayat ini agak kompleks. Tapi bila difikirkan, memang benar.. Sepatutnya kita mengisi ruang-ruang hati kita hanya untuk kebahagiaan dan ketenangan. Dengan cara itu, barulah hidup kita terasa nyaman dan damai. Pernah dengar "sedang nabi pun ampunkan ummatnya" ? Saya sendiri pernah menafikan kebenaran ini dengan berkata " saya bukan nabi.Nabi itu maksum, lain.." Tapi saya juga lupa bahawa nabi juga manusia. Sama macam saya. Memaafkan manusia bukannya mukjizat khusus untuk nabi. Kalau nabi sebagai manusia boleh memaafkan, kenapa tidak saya? Kalau mahu ikut sunnah nabi, ini adalah antara caranya.. Memaafkan manusia mungkin sangat sukar. Tapi kemanisan di masa depan sangat hebat. Tak berbaloi meningggalkan masa depan yang manis hanya semata-mata untuk menanggung derita benci yang tak ke mana. "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)"

Ayat ini paling bagus untuk memujuk hati. Tak mahukah kita Allah mengampuni kita? Kalau mahu keampunan Allah, mengapa tidak kita mengampuni orang lain..? Anggaplah ia sebagai satu pengorbanan demi hari akhirat kelak.. Anggaplah kesakitan hati kita adalah suatu takdir atau satu kifarah untuk dosa-dosa kita yang lampau. Selain itu, jadikanlah ia peringatan buat kita untuk tidak memperlakukan perkara yang sama kepada orang lain.. Insan bertakwa ialah ialah yang beriman pada qada' dan qadar-Nya.. ^_^

Sekadar sedikit tips untuk dipraktikkan sewaktu sedang marah.. Jika saat marah itu kita sedang bercakap, maka diamlah. Jika ketika itu kita sedang berdiri, maka duduklah. Jika kita sedang duduk, maka baringlah. Jika kita sedang baring, maka tidurlah. Jika tidak dapat tidur, pergilah mengambil wuduk dan solat. Jika tidak, pergilah mandi. Jika masih tidak dapat menahan amarah, lepaskan marah itu dengan melakukan perkara yang mungkin melekakan kita dari mengingati masalah itu. Pendek kata, JIKA KITA SEDANG MARAH, LARILAH SEGERA DARIPADA PUNCA KEMARAHAN..!!! Lari bukan untuk menyembunyikan diri, tetapi lari untuk mengelakkan hasutan syaitan saat kita masih belum mampu berfikir secara rasional.. Berikan masa untuk berehat dan bertenang. Kemudian barulah kita boleh bersemuka dengan punca masalah secara bijaksana.. Ingatlah, sesungguhkan tiada siapa yang lebih gagah melainkan mereka yang mampu menahan kemarahan dengan saksama.

Segala yang di atas hanyalah pesanan untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan yang lain. Semoga dengan apa yang telah kita kongsikan kali ni dapat membantu saya dan juga rakan-rakan lain untuk berhadapan dengan kerenah kehidupan dengan lebih matang pada masa hadapan. Kebumikan setiap benci dan penyakit hati.. Semoga hidup kita sentiasa ceria dan damai sentiasa.. Ceria-ceria sokmo!! senyumlah selalu.. ^_^

8 comments

Ahmad Saifuddin Amran | June 12, 2008 at 2:16 PM

Ni ada satu entry best pasal marah.

Ahmad Saifuddin Amran | June 12, 2008 at 2:18 PM

Ops tak keluar pulak link

http://studiomuslim.com/kepimpinan-nabi-muhammad/sebelum-mahu-marah/

ScArLeT......=) | June 13, 2008 at 3:32 AM

senior saifuddin:
syukran jazilan....

ScArLeT......=) | June 13, 2008 at 3:51 AM

haip.. sy terlupa lagi nak menge'sign out' profile kak wani... hehe...saya penulis sebenar yang terpaksa menggunakan komputer orang lain sebab line intenet rumah bermasalah.. peacee...

Sarah Mohd Shukor | June 14, 2008 at 9:12 AM

wkt darjah 3, ks belajar hadis: la taghdhab, faraddada miraara la taghdhab. dan sampai hari ni ks akan pegang dgn hadis ni.

salah 1 nya, awet muda tau. bila kita tak marah2, muka tenang je. muka tak manis mana pun akan nampak mcm smiling face je sbb tenang :)

Ainul Arina | June 14, 2008 at 1:45 PM

ks:
betul2.. huhu.. ainul tengah mencuba untuk tak marah.. tapi selalu sangat fail.. :P setakat ni, alhamdulillah dah upgrade sket.. kalau marah je , lari. diam sentiasa.. tapi kalau bab senyum tu masih in progress.. insyallah akan dipertingkatkan..

Dr.Nurul yang dirahmati ALLAH ;) | June 19, 2008 at 1:24 AM

salam.

oh my dear. i hope i am not one of 'mereka' ..

ainul, jaga diri baek2 ye..

itu lah asam garam kehidupan. lately, saya rasa sangat marah. nk menangis sorang2. tak tahu kenapa.. rasa mcm nak jerit2 je. mcm marah kat seorang sahabat, saya pun macam ainul, brapa lama lagi nak bertopeng?

kita juga manusia. ada perasaan.. dan mereka harus juga memahami, sebab mereka pun manusia jgak. kan?

tapi, takpe lah. "orang balik batu, kita cakap lah Alhamdulillah. orang baling bunga, pun ckp Alhamdulillah" :)

jom. sama2 kita cuba hindari perasaan marah.. insyaAllah.

luv u,sis.!!

Ainul Arina | June 19, 2008 at 9:41 AM

nurul:

don't worry nurul.. you are not them.. :) apa yg nurul cakap tu memang betul.. tapikan, nak baling bunga tu susahnyer la kan... tapi takpelah, kita cuba dulu.. jom sama-sama kempen, jangan naik marah! kita sengih selalu.. heheh

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images