Jejak Kasih

11:14 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum..

Tadi petang, saya bersiar-siar di dalam laman Friendster sekejap lepas balik dari Amman. Ada satu email yang saya baru terima. Pengirimnya ialah seorang kawan lama saya dah dah terputus hubungan sejak 12 yang lampau! Wah, tak terkata rasanya saya! Tak sangka betul boleh jumpa balik kawan saya yang sorang nih. Dulu, waktu kecil kami rapat la jugak. Tapi lepas saya pindah ke Perak, kami terputus hubungan. Hari ni, ukhwah lama bertaut kembali. Saya suka sangat-sangat...! ^_^

Kalau diikutkan, saya ada banyak sekolah sebab selalu berpindah randah waktu kecil dahulu. Saya pernah bersekolah di SRI Abim (Sg Ramal Dalam, Kajang) selama 2 tahun , SK Puchong Batu 14 selama 2 bulan, SK Permatang Tok Mahat selama 4 tahun, SMKA Nibong Tebal selama 3 tahun dan SBPI Gopeng selama 2 tahun. Kesannya, saya dapat banyak kawan tapi banyak jugak yang dah terputus hubungan.

Sejak saya memasuki tingkatan 4 di SBPI Gopeng, maka bermulalah episod jejak kasih saya bersama rakan-rakan sekolah dahulu. Bermula dengan perjumpaan kembali dengan Solha, rakan sekelas sewaktu darjah satu di SRI Abim, semakin lama terasa semakin banyak rakan yang dapat saya jejaki. Bayangkan episod pertama sahaja sudah memakan masa selama 8 tahun untuk bermula. Keseronokan berjumpa kawan-kawan lama yang sangat lama seakan-akan memberi satu kepuasan yang sangat seronok. Tak tergambar dengan kata-kata.. (",) Happy sangat-sangat.. Yelah, jarak Kajang ke Parit Buntar tu bukan dekat. 4 jam jugak kalau nak pergi.

Bila yang terpisah bertemu semula, tentulah kisah banyak kisah yang dibongkar kembali. Terasa bahagia menyelongkar nostalgia-nostalgia lama di zaman kecil-kecil dahulu. Yelah, bukan senang nak jumpa mereka nih. Tambah-tambah pula persekolahan di SRI Abim amat berbeza dari sekolah-sekolah yang pernah saya masuki. Di SRI Abim, kami bersekolah dari pukul 7 pagi hingga 4 petang. Makanan tak boleh beli sebab dah dibayar sekali dalam yuran. Solat zuhur dan asar smua di sekolah. Terasa macam duduk di asrama sahaja cuma bezanya tidur di rumah. Tapi keunikan itulah yang menjadi kebanggaan kami sekarang. Tak semua rasa macam tu. Kita nak cerita pun macam tak ada siapa tau. So, bila dah jumpa dengan orang yang sama pengalaman, tentulah ceritanya jadi lebih rancak..

Selepas Solha, saya bertemu pula dengan Rasyidah Arina tetapi kali ini melalui Friendster dahulu. Kemudian, tak lama selepas tu terjumpa pula Hajar, Hidayah, Sarah dan ramai lagi pelajar-pelajar Sri Abim yang pernah saya kenali dulu. Puratanya macam dalam 4 bulan, mesti akan jumpa seorang. Asal saja saya terjumpa sorang, mesti saya pergi refer balik pada gambar. Alhamdulillah masih ada gambar waktu lama dulu sebagia bukti saya mengenali mereka. Syukur sangat-sangat ayah membenarkan saya membawa kamera pada hari terakhir persekolahan waktu darjah dua. Bukan senang tau budak kecik dapat permission bawak kamera pergi skolah zaman dulu..

Kalau dalam masa 2 tahun saya asyik bertemu dengan ex-student SRI Abim, di INTEC pula saya bertemu kembali dengan beberapa pelajar lelaki dari SK Puchong Batu 14, SK Permatang Tok Mahat dan SMKA Nibong Tebal. Mula-mula tak perasan, tapi bila kawan-kawan kasitau barulah saya terperasan yang saya pernah kenal mereka semua ni. Yela, dulu semua muka budak-budak lagi. Sekarang semua dah besar. Muka pun dah berbeza. Tapi walaupun muka atau nama mereka saya mungkin terlupa, tapi kalau diberitahu sikit-sikit tentang mereka time waktu-waktu dulu, insyaallah saya akan ingat balik semua.

Bila terbang ke Jordan pula, saya berjumpa pula dengan beberapa lagi kawan lama dan senior dari SRI Abim. Yang sebaya tu namanya Nabilah dan yang senior tu pulak Kak Umairah. Tapi sedikit kekok pulak jadinya sebab Nabilah jadi senior di Jordan, Kak Umairah pula jadi rakan sebatch. Tersasul-sasul mulut nak panggil apa pada diaorang nih.. Sebabnya Nabilah tu lompat PTS, Kak Umairah pulak datang lepas habis matriks. Maka saling terbalik pula diaorang kat sini.

Yang terbaru pula, saya berjumpa dengan Haney Syafira seperti yang saya cerita di atas. Dia ni salah seorang yang rapat jugak dengan saya dulu. Dah 12 tahun tak jumpa dia. Alhamdulillah makin lama, makin ramai yang saya temui balik. Ramai lagi sebenarnya yang dah jumpa tapi kalau cerita semua tak cukup plak page ni karang. Hehe.. Yang bestnya, ada kawan saya tu tak puas hati dengan saya sebab saya selalu sangat jumpa kawan-kawan yang dah berkurun tak jumpa. Huhu.. Nasib la yer..

Saya tertunggu-tunggu jugak tiada ke kawan-kawan tadika yang nak jumpa saya balik.. Tapi time tadika ni susah sket sebab memory saya masih tak stabil agaknya. Saya cuma ingat aktiviti, cikgu2 dan suasananya. Member-member yang sekolah rendah still sama je yang saya cam. Yang lain saya ingat-ingat lupa. Tapi kalau ada, jangan segan-segan contact saya balik.. Saya nak jumpa balik semua orang! Apa-apa pun, thanks to Friendster sebab tolong bantu saya sikit-sikit dalam usaha menjejak kawan-kawan lama. Mula-mula kita jumpa secara maya dulu, lepas tu baru kita boleh jumpa secara real kan? Alhamdulillah, at least ada gak gunanya Friendster ni pada saya..

Kesimpulannya, saya sangat teruja kalau dapat jumpa balik kawan-kawan lama tak kiralah dari sekolah mana-mana pun. Sebabnya saya sukakan kenangan. Hanya kawan lama boleh membawa saya kembali pada kenangan lama. Bila saya terbayang kenangan lama, baru saya dapat rasa betapa indahnya hidup ini. Penuh warna-warni dan penuh memori.. Tambah-tambah, saya sangat suka zaman kanak-kanak. Tak payah pikir berat-berat macam orang dewasa tapi kalau tak mahu dewasa, itu namanya melanggar fitrah la pulak. Hurm, takpelah.. Biarlah pengalaman mendewasakan kita dengan saksama..

p/s: Sesiapa yang rasa dia kenal saya atau pernah bersekolah dengan saya tapi dah terputus hubungan, saya berbesar hati sangat-sangat kalau orang tu boleh kembali keep in touch dengan saya. Jangan segan-segan tegur ya! Kecil tapak tangan, stadium bola saya tadahkan...^_^

4 comments

Write comments
c's radin
AUTHOR
June 14, 2008 at 2:43 AM delete

salam.. dgn kte, x kre jejak kasih gak ke?? huhu:P

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
June 14, 2008 at 6:35 AM delete

radin:
ws... jejak kasih bagaimana tu radin? ak kenal ko pun time bahas kat kuantan? eh, setahun gak ek? hoho.. boleh2... masuk list jejak kasih gak lah.. hehehe....:P

Reply
avatar
June 14, 2008 at 9:08 AM delete

ooo.. kamu berdua ni penah jumpa ke.. alahai. keciknya dunia. jumpa sbb bahas rupanya. hihik.

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
June 14, 2008 at 10:00 PM delete

ks:
huhu.. standard la ks.. kroni suka membebel... hehehe... macam ks gak... banyak link sebab bahas je lebih..

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *