Happy Birthday To Little Sister..


Assalamualaikum....

Hari ni just nak wish SELAMAT HARI LAHIR buat satu-satunya adik perempuan kesayangan saya yang tinggal iaitu Amira Amalina Binti Mohd Noor.. Tahun ni Amira dah berusia 12 tahun. Dah nak ambil UPSR dah pun. Cepat betul masa berlalu kan...

Amira ni orangnya tegas dalam lembut. Jangan main-main dengan dia. Even dia nampak lembut dan senyap je tapi kalau dia marah, ada baiknya semua lari. Sampai dapat nickname tebuan tanah lagi.. Hehe.. Takde siapa berani kacau tu.. Tapi itu zaman dulu je rasanya.. Sekarang dia dah pandai control. Kalau marah kat orang, dia dah tak ngamuk-ngamuk dah.. Dia dah pandai tanya pendapat orang kalau bengang kat seseorang tu. Kiranya dia dah pandai fikir mana buruk mana baik la sekarang. Seronok sangat ada adik perempuan tunggal nih.. Boleh buat share-share secret. Hehehe.. Yela.. nak mengharap yang lelaki? Adus... Lagi tolong timbul masalah ada.. ^_^ Lagipun, mana diaorang paham perasaan kita yang perempuan kan? Ngan adik perempuan la yang best tukar macam-macam.. Kali ni nak cerita tentang Amira ni sikit...

Dia ni sangat pandai bergaya. Kalah kakak yang seorang nih. Kasi je la apa-apa baju pun kat dia, insyallah pandai la dia gaya-gaya sendiri sampai nampak elok je baju tu. Ada bakat kreatif nih.. Lagipun dia ni sangat teliti budaknya. Selalunya kawasan dia memang bersih dan kemas.. Kerja-kerja dia pun comel je semua.. Pantang buruk sikit, mesti dia buat habis semua balik.. Sebagai kakak yang ada adik rajin camni, dia lah mangsa untuk saya minta tolong buat kerja yang kena lawa-lawa nih.. :) Ada pembantu senang la sikit kan.. Amira ni Mak Kucing kat rumah kitaorang. Semua kucing tu jadi anak dia. Jangan ada sesiapa mencederakan kucing-kucing dia kalau tak nak diri sendiri dicederakan.. Huhuhu.. Punyala dia sayang kat kucing-kucing tuh.. Kalau nak kira, ntah berapa puluh ekor kucing kitaorang pernah bela. Dari dulu sampai sekarang. Mati seekor, tambah lagi dua. Mati dua tambah lagi dua. Paling lama rumah takde kucing adalah dalam sebulan kot. Pastu semua carik kucing balik.. Ni semua sebab Amira jugakla nih.. Nasib baik semua suka kucing... Tapi baguslah.. Berkurang sikit populasi kucing terbiar kat malaysia ni bila Amira suka bela sampai gebu..

Apa-apa pun, nak ucap semoga Amira selalu di bawah naungan rahmat Allah S.W.T. Dah makin besar ni, kena la jadi matured sikit. Jangan asyik nak jadi kanak-kanak ribena tau! Belajar rajin-rajin dan sungguh-sungguh.. Semoga dapat 5A dalam UPSR nanti.. Wish you all the best in the future!

p/s : Kirim salam dengan tok wan dan wani anak wak din yer! Wishkan happy birhtday gak untuk diaorang.. Rindu korangg.... ^_^

Salam Sayang,
Kak Ina
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images