Debaran Tasjil

Assalamualaikum..

Tasjil ( pendaftaran) subjek untuk semester depan akan bermula hari ni. 2 jun 2008. Debar takut tak dapat syu'bah (kelas) yang dirancang makin terasa di dada. Masakan tidak. Terpaksa berebut dengan ratusan pelajar lain di seluruh university untuk mendapatkan kelas yang kadang kala hanya memuatkan cuma 40 pelajar pada sekian-sekian masa. Siapa cepat dia dapat! Kalau terlepas, maknanya kenalah ambil kelas petang.. Kelas petang waktu soifi (summer)??!! Aduh, mintak dijauhkan.. Plan dah ada sampai 3. Harap-harap kena salah satu. Amin..

Di sini, pelajar terpaksa mendaftarkan subjek masing-masing secara sendirian berhad. Tiada bantuan dari pihak university untuk membantu kami menyusun jadual. Semuanya sendiri. Dulu waktu semester pertama university tolong, kali ni kena buat sendiri pulak.Secara online di rumah atau cyber cafe berhampiran. Pada jam yang telah ditetapkan, pasti semua cyber cafe telah penuh ditempah. Semua bersiap sedia mahu berlumba berdaftar. Debarnya usah dikira..! Terasa macam nak exam final pun ada... Dup dab dup dab..

Tepat jarum merangkak ke angka 2.00 petang, semua memecut untuk berdaftar.. Wa!! Kalut habis jari jemari menekan dan mencari.. Alamak, dah ada yang full!! Kena cepat tukar back-up plan! Dari A ke B... Tak dapat B, tukar plan C pulak..! Ish,ish,ish... habis riuh cyber cafe.. Semua bising tanya kawan masing-masing. Melayu dan arab dua-dua serupa.. Macam komander memberi arahan pada anak buahnya pun ada jugak,

"Dapat tak syu'bah 5? Tak dapat? Kalau macam tu, semua tasjil syu'bah 8! Tukar plan! "
"Alamak, 8 penuh weh.. Tak leh.. Kena ambil masa lain..!"
"Adus, cepatnya penuh. Ok! Kita tukar time. Kelas petang! Ambil yang pukul 1 tu!"
"Syu'bah mana plak??!!"
"13! Cepat, kang penuh..! Eh, alamak.. kod dia apa weh?"
"1731160.. !"
"Siap! Ikhtiari ( subjek sampingan) macam mana plak?
"Ala, food dengan natural penuh! Nak amik apa? Takde plan backup ikhtiari nih!"
" Psyco nak? Yang lain aku tak paham dia tulis apa.."
"Tak nak! Susah la tu.. Cepat buzz senior! Tanya diaorang makna subjek-subjek lain tu!"
"ok2... Arahan diterima..! "

Lebih kurang macam tu lah.. Semua sibuk. Tapi kawan-kawan tak dilupa. Yela.. mesti ada geng sekurang-kurangnya sorang. Kalau tak, mana la tau tetiba dapat masuk sensorang je melayu.. Haru!! Itu fungsi kawan kat kelas.. Hehe.. Nak bersuara kang takdelah malu sangat..

Akhirnya, setelah beberapa lama berhempas pulas, semuanya siap. Nampaknya kali ni, saya dan kawan-kawan serancangan terlewat sedikit masuk. Kesannya, terpaksa pakai plan E yang tiada langsung dalam list. Huhu.. Dah nasib badan.. Dulu termasuk awal, kena denda tunggu 5 minit. Kali ni, terjadi masuk lambat pulak.. Apapun, takpelah. Tawakkal je. Harap-harap ada lagi student melayu masuk syu'bah yang sama terutama Visual Basic. Takut terkenang cerita student Dentist yang dah ambil subjek ni sem lepas. Ada syu'bah fully arab language.. Uh, bahaya tu..! Moga-moga kali ni, lecturer baik hati. Campur-campur pun jadiklah asal jangan arab je 24 hours.

Nampaknya untuk semester depan dari apa yang ditasjil tadi, kami akan mulakan hari dengan kelas Food Preservative jam 8.00 hingga 9.00 pagi di Bahagian Handasah ( Engineering) . Lepas tu ada masa senggang sampai 4jam. Apa la nak dibuat time tu ek?? Jam 1.00 hingga 2.00 pulak ada kelas Biochemistry. Seterusnya jam 2.15 hingga 3.15 Visual Basic. Keduanya di bahagian Tibb ( Perubatan). Oklah. Walaupun masa lari dari rancangan, lokasi kelas masih kekal. Tak perlulah kami berlari-lari dengan kaki atau mengejar gonggok ( bas university) untuk merentas bahagian handasah ke tibb. Jalan kaki selaju mungkin pun dah 20 minit.. Nak lari laju-laju kang, semua tengok pelik pulak.. Hurm.. Alhamdulillah... Oklah.. Ada 4 jam selang tu, jangankan berjalan, merangkak pun boleh.. Hehehe..

Semester depan semua kelas setiap hari. Ala, dah takdelah cuti macam sem ni! ^_^ Nak tahu, inilah antara kelebihan susun jadual sendiri.. Untuk sem kedua seperti sekarang, saya susun kelas hanya untuk 3 hari sahaja. Lagi dua hari cuti! Tapi cuti bukan sebarang cuti tau.. Habis jugak sehari untuk kembali mengulangkaji apa yang doktor ajar semalam. Tapi sekurang-kurangnya boleh la berehat sebentar.. Tambahan, boleh jugak jimat duit bas. Hehe.. Kalau bosan, pergi jamiah study di library ataupun pergi menyibuk di mana-mana syu'bah yang kosong. Boleh tambah dan tanya mana yang tak paham. Takpelah, kali ni 2 bulan je. Cepat sikit habis bila kelas setiap hari..

Leganya tasjil dah selesai. Sekarang masa untuk study pulak. Satu paper je lagi tinggal.. histology!! Lepas tu, saya free.. Tak sabarnyer.. Oklah..Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan di sini ya! Jumpa lagi....

2 comments

Sarah Mohd Shukor | June 3, 2008 at 10:01 PM

salam ainul. baru ni ks tau sistem kat sana mcm mana. kt sini takdenya nak kene daftar2 subjek ke apa. semuanya dh tetap dh. kami ada group yg permanent selama kt sini. then ada jadual utk setiap sem tu. ala2 mcm zaman sekolah dulu. ikut je la jadual tu. huhu. tp senang jgk la gini. x yah nak pening2 gi daftar2 ke apa ke.

Ainul Arina | June 4, 2008 at 5:59 AM

ws ks.ha, camni la antara life student sini setiap sem.Kelas pun tukar2.tak permanent.ahlinya pun sama jugak.tapi okla, luas sket kenal orang.kalau tak silap, sini ikut sistem US.ntah ye ke tak tak taulah. tapi memang dah kena latih rushing je duduk sini.practise for the future.. hehe.. :P

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images