Special Post For A Friend

Assalamualaikum..

Sekadar mencuri sebentar masa setelah puas bergelumang dengan buku-buku kesayangan hamba. Entry kali ni teringin pula nak cerita tentang kisah seorang sahabat saya. Antara salah seorang yang paling saya sayang dan saya hormat. Terasa macam nak kenalkan pulak pada semua walaupun mungkin ada yang dah kenal..

Nama dia Aimi Athirah Azmi Murad. Triple A + M. Lebih kurang macam saya sendiri. Ainul Arina Madhiah binti Mohd Noor. Triple A + MN.. Hhehe.. Orangnya tinggi, kurus, cerah dan comel. Actually Aimi ni kawan baik saya waktu kat sekolah integrasi dulu. Macam mana kami rapat ek? Hurm, tak pasti.. Tetiba jer.. Agaknya mula dari duduk sebelah dia kot time kelas. Tapi awal-awal lagi saya dah terperasan tentang dia. Sebabnya, saya tengok dia ni jenis macam luhur gitu... :P Tapi best kawan ngan Aimi. Dia lengkap insyallah. Siapalah bakal partner awak ek? Ops.....

Untuk pengetahuan, Aimi ni tersangatlah bijak orangnya. Habis suma subjek science dia bolot Nasib baik saya boleh rebut2 lagi subjek bahasa kecuali arab. Huhu.. Itu saya ngaku kalah arr.. Sedangkan math tambahan pun markah dia paling rendah dalam rekod hanyalah 95. Wa!! Tapi yang saya tabiknya pada Aimi, dia ni sangat humble. Tanyalah apa-apa kat dia pagi petang siang malam . Insyallah dia boleh tolong ajarkan. Termasuk diri saya yang suka menyibuk ni. Orang biasa je la kan.. Pernah jugak risau takut-takut dia menyampah kita banyak tanya. Tapi kebenarannya, langsung tak. Thanks Aimi! Terus-terang saya kasitau, Aimi cikgu saya versi student no 1. Rasanya mungkin kalau bukan sebab jasa baik Aimi, saya tak tersampai ke Jordan nih. Bila duduk sebelah rasa, rasa belajar tu berkobar-kobar. Tambah-tambah kitaorang suka main lawan buat latihan, siapa paling cepat siap dia menang! Tapi as expected la kan.. Kalau saya menang, terasa sangat bangga plak. Tapi boleh dibilang dengan jari je la berapa kali saya menang.. ^_^ Thanks a a lot dear..

Penting paling lawak pasal Aimi ialah sikap dia yang tak reti marah tu. Tanya la siapa-siapa pun. Takde siapa pernah nampak Aimi marah. Kalau dia buat-buat nak marah pun, mesti habis semua orang gelak. Macam mana perkembangan sekarang ek Aimi? Sudah pandai marah ke belum?Hehehe.... Dah la suara comel, tambah kalau buat muka comel tu konon-konon marah sangatlah tak menjadi....

Prinsip dan cara kami lebih kurang sama. Mungkin tu sebabnya kami boleh close.. Kami banyak persamaan. Antaranya, kami boleh masuk sekelapa dengan ramai orang. Tak kisah la macam mana personaliti orang tu. Kalau tak, macam mana la kita je boleh sesat masuk dorm Farabians time SPM dulu kan? Lagi satu, terus terang cakap saya suka cara dia hormat cikgu. We have the same point of view. Cikgu paling penting di sekolah. Kalau boleh, kami sanggup buat apa je asalkan boleh bantu cikgu. Sebab kami yakin doa cikgu berkat. Mula-mula takut gak. Tapi lama-lama kami sepakat. Mana dah sekarang budak sekolah menengah tolong offer diri bawak buku kat cikgu sebelum masuk kelas. Siap pegi bilik guru lagi cari guru yang nak masuk. Kalau budak menengah rendah, maybe. Tapi budak form five, rasanya macam dah kurang kan budaya tu? Itu antara sebab kenapa Aimi memang saya tabik! Secara tak langsung, saya terikut sama. Banyak benda baik yang saya dapat dari Aimi. Kalau nak cakap sini, satu page tak cukup... Yang pasti, she is one of my best friend ever.. Paling best, sebab dia memahami saya.. Saya tak tau kalau saya ni kawan yang baik atau tak.. Tapi saya syukur sangat sebab Allah kurniakan awak dalam hidup saya.. Semua nasihat awak saya pegang sampai sekarang.. Awak banyak tolong saya waktu diperlukan atau tak. Thanks skali lagi sbb sanggup jadi saya punya diary yang mampu memberi respon..

Aimi, thanks sebab jadi kawan baik saya kat skolah. Kita dah kongsi banyak sangat benda and i'm really appreciate it..Thanks for everything.. Even impian kita dulu-dulu nak U sama tak jadi, tapi ok la.. at least kita punya negara belajar masih bersempadan kan? Rindu sangat nak jumpa awak macam dulu-dulu.. Insyallah, time cuti ni kita boleh buat plan sekali kemana-mana. Aimi, jom datang Perak.. :P Harap-harap ukhwah ni kekal sampai ke akhirnya... Sayang Aimi...!!! Semoga kita sukses bersama-sama.. Inilah salah seorang sahabat saya, semua!!

6 comments

MiLuViA | May 29, 2008 at 4:10 AM

you are very lucky to have such friend.

tx to allah~

'izzah faqihah | May 29, 2008 at 4:59 AM

assalamualaikum...
hah ni tuan punya diri yang berkata...terima kaseh n kacih banyak2...
enul kiter pun cayang awak gak...!

Ainul Arina | May 29, 2008 at 5:31 AM

miluvia :
alhamdulillah.. syukur sangat.. ^_^

aimi:
ahlin.. kasihmu diterima... hhuhuhu.. sbgai mereply posting blog awk.. ni la hasilnya.. tara!!!

myfisol | May 29, 2008 at 8:39 PM

salam,

alhamdulillah lah kan dapat kawan camtu...satu dalam sejuta kot..moga berkekalan lah persahabatan tu..

Sarah Mohd Shukor | May 29, 2008 at 10:29 PM

oh. cerita kamu mengingatkan ks pd sohabati habibti fil misr. dukturah nurul faaiqah :D misti aimi kenal kot. hehe. semoga ainul n aimi kekal bersahabat sampai bila2 ye. sahabat yg baik di dunia ni dia mcm cermin utk kita. klu kita buruk n x elok, dia cerminkan yg sebetulnya. bukan sorok2 apa yg salah tu. jd klu kita dh tau kita x elok, kita belajar drpd dia yg mana yg betulnya.

last but not least, all the best utk ainul n aimi. org rusia sebut: udachi tibye :)

Ainul Arina | May 31, 2008 at 4:47 AM

bro myfisol:
ws.. betul tu bro.. alhamdulillah sangat2.. doakan kami kekal bersahabat yer..

ks: agaknyer kenal kot ks. nanti bila2 ainul tanyakan.. tu la ks.. syukur sgt dapat jumpa 'cemin' yg satu nih.. banyak dpt dibetulkan.. itu fungsinya sahabat kan? btw, thanks for the new vocab.. ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images