Saya Vs Pokok Kelapa

Assalamualaikum.....

Akhirnya, habis jugak exam organic chemistry tadi. Fuh!! Lepas ni, tawakkal sahajalah yang tinggal. Semoga Allah beri yang terbaik untuk saya dan rakan-rakan.. Amin... Exam seterusnya ialah subjek Physiology. Tiga hari lagi untuk revise balik semua. Tapi petang ni, ingat nak rehat-rehat sekejaplah.. Blog ni pun dah berdebu.. ^_^

Hari ni saya berminat nak kongsi tentang pokok kelapa. Entah, tetiba rasa rindu pokok kelapa. Teringat pulak lagu famous time dulu-dulu.. " Underneath pokok kelapakkk, i will for youuu...." Hehe.. Tiap-tiap hari asyik nampak pokok palma dengan zaitun jer. Dah lama rasanya tak nampak pokok kelapa yang melambai-lambai setiap kali angin bertiup kencang. Ewahh.. Tapi buah kelapa ada je jual kat sini. Cuma masih konfius, dimana mereka mendapatkan buah-buah kelapa tu. Takkan import kot..?? Hish, tapi boleh jadi jugak. Sedangkan katak juga diimport, inikan pula buah.. Tapi agaknya datang dari area-area wadi kot.. Wallahualam...

Kalau ditanya apa kegunaan pokok kelapa pada manusia, mesti semua boleh jawab. Budak-budak tadika pun hebat kalau nak kasitau jawapan. Siap bagi jawapan skema bahasa melayu lagi. Kelapa ni sangat banyak kegunaan dia. Dari hujung pucuk ke hujung akar. Semua boleh kita pakai. Batang boleh buat titi, daun boleh buat ketupat, buah boleh minum dan makan dan macam-macam lagi lah.. Kalau nak suruh senaraikan sampai 10 pun rasanya macam sangatlah mudah... Apa benda yang tak boleh pakai pada kelapa? Hurm, masih tercari-cari..

Seterusnya, soalan KBKK plak.. Kalau kelapa sangat hebat untuk manusia guna, apa pula kegunaan kita sebagai manusia kepada manusia lain. Erk, pusingnya bahasa.. Boleh faham tak? Makna mudahnya, apa kepentingan dan manfaat kita kepada manusia lain? Apa jawapannya ?? ^_^

Kalau betul manusia atau erti kata lain kita ni sendiri sangat hebat, cuba buat senarai 10 kepentingan kita pada manusia lain. Agak-agak boleh kalahkan pokok kelapa tak? Janganlah ulang benda yang sama. Kasi jawapan yang berbeza-beza sikit. Baru nampak hebat, ye tak?
Tapi kan, kalau lah tak berjaya sampai 10, maknanya pokok kelapa ni lagi bagus daripada kita la kan? Hurm, bahaya tu.. Macam sia-sia je mak ayah besarkan kita kalau kita ni langsung tak ada guna untuk orang lain. Macam mana nak realisasikan impian menjadi 'manusia berguna' kalau setakat senaraikan 10 kepentingan diri sendiri pun dah tak dapat? Kan ke lebih baik namanya kalau mak ayah kita tanam pokok kelapa jer camtu.. Lagi banyak manfaatnyer daripada mempunyai anak yang tiada manfaat..

Peringatan sebentar, apa yang saya cakap tadi bukan nak menghina atau apa. Tapi cuma untuk memperingatkan kawan-kawan dan diri saya sendiri. Ada betulnya kan? Apa maknanya manusia allah ciptakan kalau sekadar hanya menjadi ciptaan yang sia-sia..

Hurm, secara terus-terangnya, saya sendiri tengah mengumpul kepentingan diri saya pada manusia lain.. Tak naklah kalah pada pokok kelapa belakang rumah tu.. T_T Sedangkan saya belajar penat-penat tapi pokok kelapa tu hanya penat berdiri jadi tempat ikat buaian baring tepi sawah, mana boleh saya punya manfaat lagi sikit dari dia.. Ish, tak boleh, tak boleh !!!

Siapa yang dapat kumpul sampai lebih 10 tu, mabruk la yer.. Kalau rajin, cuba la bandingkan dengan benda lain yang lagi hebat dan banyak manfaat, lepas tu boleh lah kita memperhebatkan lagi manfaat diri kita nih. Baru la boleh dikatakan sebagai manusia yang berguna.

Kesimpulannya, jom la ramai-ramai muhasabah diri balik. Betul ke kita ni banyak manfaat pada masyarakat dan alam sekitar kita nih? Kalau tak, ada baiknya kita ubah mana yang patut dan jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Sebabnya kita adalah khalifah yang Allah ciptakan di muka bumi ini. Tak pernah dalam sejarah khalifah atau mana-mana pemimpin dilantik daripada orang yang langsung tidak berguna. Kalau yang kureng-kureng sikit tu, bukannya tiada guna tapi disalah guna.. Fikir-fikirkanlah.... ^_^
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images