Nakbah Day and Teacher's Day

Assalamualaikum...

I'm back again.. Dah dua hari tak bukak blog nih.. Huhu, demam exam la kan.. Tapi sekarang ni pun saya mencuri masa jugak nak masuk. Sebabnya kepala dah tepu rasanya dengan rajah sel yang pelbagai dengan segala characteristicnyer nih.. Dari sesimple simple squamous sampailah ke yang berselirat macam reticular connective tissue... Ni baru first year ni.. Hopefully, saya dan rakan-rakan akan berjaya dengan cemerlangnya..

15 Mei lepas ada dua benda penting yang berlaku dalam hidup saya.

Pertamanya, 15 Mei adalah Hari Nakbah Palestin. Iaitu hari dimana bermulanya penjajahan Israel ke atas bumi Palestin. Sebagai umat islam, saya turut merasai keperitan mereka yang terpaksa meninggalkan tanah air sendiri. Apatah lagi, dalam keadaan tempat tinggal saya yan sangat dekat dengan bumi palestin sendiri, saya dapat melihat semuanya dengan jelas. Kereta kebal? Usah dibilang. Banyak kali dah ternampak. Gerun pun ada. Tambahan kalau lalu di sempadan, mesti nampak askar-askar yang pegang senjata rifle tu. Di Jordan ni, hampir separuh rakyatnya adalah daripada Palestin. Kalau rajin bertanya, kita boleh dengar macam-macam cerita dari orang Palestin sendiri. Sedih, geram, bersemangat semuanya bercampur baur sewaktu mendengar kisah mereka. Tahun ini dah mencecah 60 tahun Palestin dizalimi Israel. Hari ini Israel laknatullah tu sedang bergembira sedangkan orang Palestin masih lagi berduka. Kami sendiri tak mampu nak buat apa kalau kuasa besar dunia pun setakat memejam mata je. Kengkadang tu rasa pelik sangat. Palestin di kelilingi oleh banyak negara arab yang kalau digabungkan semua, besarnya hampir mencecah keluasan negara China. Tapi masih jugak tak mampu buat apa. Sebab semuanya pandang sebelah mata je. Jordan pun walaupun dia sangat take care dengan Palesti, tapi tetap dia takut nak berdiri atas alasan menjaga rakyat dan hubungan negara dengan Amerika. Hurm, inilah kesan nasionalisme. Biar mati saudara, jangan tergadai negara. :( Kami di Irbid hanya mampu membantu yang sedaya kami mampu. Saya sekalipun hanya mampu untuk menghulurkan setakat hanya doa dan bantuan yang kecil untuk anak-anak palestin di Jordan. Lemahnya saya..Semoga suatu hari nanti Allah menunjukkan pada dunia janji-Nya yang nyata. Saya yakin suatu hari nanti Palestin pasti akan bebas semula. Cuma sekarang kita menanti siapa Salehuddin Al-Ayubi kedua yang bakal tiba... Ameen...

Keduanya, hari ni jugak hari lahir adik saya, allahyarhamah Fatimah yang pernah saya ceritakan pada semua dahulu. Semoga arwah gembira berada di samping-Nya di taman syurga.. Hadiah yang mampu di hulur hanyalah kalungan doa dan ayat quran. Semoga suatu hari nanti saya dapat bertemu balik dengan dia di'sana'.Ameen.. I miss her so much...

Seterusnya, hari ini 16 Mei. Hari yang juga istimewa untuk saya sebab hari ini Hari Guru. Tak taulah. Even saya bukan guru tapi sebagai pelajar, saya sangat menanti-nantikan hari ini. Mungkin untuk mengapresiasikan penghargaan yang istimewa pada guru-guru saya agaknya. Alhamdulillah, sampai ke hari ini saya masih berjaya mengekalkan hubungan baik dengan semua guru termasuklah yang daripada saya sekolah rendah dulu sampailah sekarang. Setiap kali cuti atau nak berangkat ke mana-mana, saya mesti akan singgah ke semua sekolah saya. Nak mintak restu dan ziarah cikgu. Tapi saya terkilan sedikit sebab tak dapat berhubung dengan cikgu-cikgu tadika dan sekolah saya di Selangor. Hanya di Perak dan Penang je yang sempat. Dulu tak terfikir pun. Kecik lagi kan. Saya pindah ke Perak waktu darjah Dua. ..Saya suka bila cikgu ingat saya sebab saya yakin bila cikgu ingat kita, cikgu mesti akan doakan kita. Doa cikgulah yang paling saya tunggu-tunggu. Insyallah doa seorang guru itu ada berkat dan istimewanya di sisi Allah. Saya tahu cikgu-cikgu sangat suka kalau anak murid tak lupakan dia. Sebab itu, insyallah selagi hayat di kandung badan, saya takkan lupa semua cikgu-cikgu saya. Semuanya masih terpahat kukuh dalam hati ni. Eh, terjiwang la pulak.. ^_^ Mana-mana cikgu yang ada no telefonnya pada saya, insyallah saya akan selalu tanya khabar. Kalau yang tak ada tu, hanya doa yang mampu saya pohon pada Allah semoga cikgu dirahmati selalu.. SELAMAT HARI GURU!!

(p/s : terkilan jugak sebab tak mampu nak bina hubungan rapat ngan para pensyarah di sini. Mungkin sebab sekelas tu ramai sangat orang agaknya. Lagipun, nak jumpa pensyarah di luar waktu kelas pun sangat susah. Masalah bahasa pun satu hal jugak. Hurm, doakan saya supaya dapat menjadi pelajar yang baik di sini.. )

Oh ya, semalam mama beri kami serumah nasi arab. Namanya saya tak pasti. Sampai sekarang saya masih belum terer membezakan nasi-nasi arab. Semua guna ayam yang sama tapi rempah nasinya berbeza. Kelazatannya pasti lah sangat sedap. Mama memang terer memasak. Ops, lupa plak saya nak kenalkan. Mama sebenarnya tuan rumah kepada rumah yang kami sewa sekarang.Dia duduk selang sebuah imarah ( rumah macam apartment) dari rumah saya. Baik orangnya. Kaya tapi tak sombong. Selalu jamu kami macam-macam. Banyak sangat dah benda free diaorang kasi. Buah, perkhidmatan, makanan, dan lain-lain lagi lah.. Orang arab memang kalau dah baik tu, baik sangat. Kami dah dianggap macam anak sendiri. Kalau tak, takkan disuruhnya kami panggil mereka mama dan baba. Kiranya mama dan baba inilah pengganti keluarga kami di sini. Even dua-dua tak reti cakap english, tapi mereka sangat semangat nak memahamkan kami yang selalu tak paham. Hehe...Mereka ni dalam lingkungan usia 50 lebih. Sangat baik hati. Baba buka kedai pakaian di balad.Nasib baik itu kedai pakaian lelaki. Agaknya kalaukedai baju perempuan, mesti sakan kami borong.. Hehehe, anak mesti dapat diskaun kan? ops.. hehehe.. Takpe.. Nanti sebelum balik Malaysia, insyallah kedai baba akan diserbu oleh kami serumah.. Jangan sakit jantung pula nanti tau baba!.. ^_^

oklah. setakat ini dulu cerita saya. Nak sambung study balik.. Jumpa lagi next entry.. Da~....

2 comments

myfisol | May 16, 2008 at 2:55 AM

salam,

1st time singgah sini, nampak menarik site nie..byk pengalaman & pengajaran yang dikongsi kan bersama..

Tentang Palestin, memang satu cerita sedih...dah 50 thn dijajah zionis tu ye..sama dgn negara kita merdeka. sama2 lah kita berdoa utk kesejahteraan mereka..InsyaAllah kemenangan pasti datang..

Seronok kan kalau ada orang luar yg layan kita macam family sendiri, lebih2 lagi kat bumi asing...Bro pernah memrasanya waktu mengembara ke Turki dulu, mmg friendly dan sentiasa menghulurkan bantuan lebih2 lagi jika mengetahui kita students...byk pahalanya membantu org yang berjuang menuntut ilmu..keran Allah..

:)

Ainul Arina | May 16, 2008 at 11:30 AM

ws...

bro myfisol ni mesti dr blog ks kan? slamat datang! yup, mmg kesian sgt kat orang2 palestin.. insyallah, Allah akan tunaikan janji-Nya.Tapi kita kena la berusaha jugak untuk bantu saudara kita tu.. Pasal mama dan baba tu, mmg happy sgt dapat jumpa orang mcm diaorg. At least, takde la saya homesick terlampau kat sini.. Betul ckp bro, bnyk pahala diaorg dpt sbb bantu kami.. tmbh2 diaorg tahu kita ni student muslim, lagilah diaorg semangt nk bantu..Smoga diaorg slalu diberkati allah.. amin...

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images