Memory Of A Girl

Assalamualaikum...

Hari ni 8 Mei 2008. Genap 4 tahun bilangan ahli keluarga saya berkurang sorang dari angka sepatutnya. Dah bunyi alarm tadi baru terperasan. Hari ni adalah tanggal hari adik kesayangan saya pergi meninggalkan kami sekeluarga. 8 Mei 2004. Tarikh yang saya takkan lupa sampai bila-bila.

Nama adik saya Aina Aliyani. Selalunya kami panggil Fatimah sahaja. She is really special. In everything. Sebab apa? Sebab dia memang kanak-kanak istimewa. Tak macam orang lain. Dari dia, saya belajar banyak benda. Something yang saya rasa tak semua orang rasa. Adik saya normal cumanya dia ada ceberal palsy. Sejenis penyakit berkaitan otak dimana otak tak dapat berfungsi dengan baik terutama di bahagian cerebrum. Kesannya, dia langsung tak boleh buat apa-apa kecuali baring atau secara scientificnya vegetatif condition. Apa yang dia rasa dan nak hanya dibezakan melalui tangisan atau diam. Tu saja.

Tapi dia masih ada perasaan. Kita boleh detect bila dia marah, bila dia suka, bila dia bosan dan bila dia nakkan sesuatu. Semua ada cara tersendiri. Macam bayi kecil. Dia memang masih bayi walupun dah berusia 11 tahun. Sekurang-kurangnya saya dah boleh faham keadaan kanak-kanak istimewa. Memang tak sama dengan orang biasa. Orang yang pernah rasa je tau apa kelainannya.

Waktu saya kecil dulu, memang saya tak nafikan, saya tak berapa senang dengan dia. Mana taknya, semua benda kena consider dia. Nak jalan-jalan, kena fikir dulu. Nak buat apa-apa, kena tengok dulu. Rutin harian saya selalu dipenuhi dengan membantu mak saya uruskan dia. Setiap hari, dari pagi hingga malam selama 11 tahun. Sebagai budak kecil, adakalanya saya memberontak. Pernah sekali mak mogok sebab saya termengeluh kenapa dia mesti ada. Maafkan akak! Waktu tu saya kira saya masih mentah. Tapi bila saya makin besar, rasa sayang pada dia tak tergambar dengan kata-kata. Saya sayang sangat dia. Saya dah mula sedar kepentingan dia pada keluarga kami. Rasanya antara semua beradik, saya yang paling memahami dia. Mak pun pernah cakap, hanya saya saja yang tau macam mana nak pujuk dia bila dia tarik.

Bila saya fikir-fikir balik, dia memang banyak berjasa pada saya. Sebab dia adalah, saya boleh berada dalam situasi sekarang. Dia pendorong utama saya untuk jadi doktor. Dia pelatih saya untuk lebih banyak bersabar dengan kerenah yang pelbagai ragam. Dia pendengar saya yang paling setia. Dia pengajar saya tentang kehidupan. Paling tak boleh lupa, dialah peneman saya yang penakut kalau ditinggalkan sorang-sorang. Saya sayang sangat-sangat pada dia. Saya dah tak boleh tengok orang marah-marah kat dia. Dia adalah prioriti dalam keluarga.

Disebabkan dia jugak, saya cukup tak boleh tahan tengok kanak-kanak istimewa. Contohnya Sindrom Down. Semuanya memang membawa saya untuk merasakan kehadiran dia. Dia sangat-sangat istimewa. Sampaikan saya pernah menyimpan angan-angan untuk membina rumah kanak-kanak isimewa. Setidak-tidaknya, saya teringin nak jadi sukarelawati di rumah kanak-kanak istimewa. Sebabnya saya rindukan adik saya.. Saya nak kembali ke waktu dulu. Hanya cara ni je yang saya boleh impikan. Harap-harapnya cita-cita ni akan terlaksana nanti..

Saya pernah dengar bahawa siapa yang ada kanak-kanak istimewa dalam keluarganya, dia perlu bersyukur. Sebab ahli keluarganya itu memang dah dijamin masuk syurga, dan akan membantu ahli keluarganya yang lain kelak. betul ke? Wallahualam.. Insyallah... Itu ayat penenang diri saya dahulu. Ayat yang paling cepat buat saya sejuk bila saya geram dengan perangai dia. Saya tahu betapa besar dugaan buat mereka yang ada ahli keluarga yang istimewa. Tapi saya juga tahu betapa besarnya pahala buat mereka yang melayan ahli istimewa ini dengan penuh kasih. Sebab tu saya bersyukur dia ada walaupun hanya sekejap. Terasa sangat bermakna dan istimewa.

Adik saya meninggal sebab pneumonia. Saya terkilan satu sahaja. Saya tak sempat jumpa dia buat kali terakhir. Yang saya sempat hanyalah menatap jasad yang tersenyum kaku. Tapi, nak buat macam mana kan.. Itu takdir. Yang saya belajar saat itu, jangan sesekali abaikan peluang dengan keluarga walaupun sedikit. Siapa tahu itu kali terakhir kita dengan mereka, macam saya dengan adik saya.. Saya tahu ada ramai kawan yang ada adik macam adik saya. Saya nak pesan, sayangilah diaorang sebaiknya. Itu antara sumber keredhaan Allah yang paling dekat dan besar untuk kita. Percayalah, tak ramai dapat hadiah macam ni. Kita sangat-sangat beruntung.. Janganlah pinggirkan mereka. Sebabnya orang-orang macam mereka tu sangat suci dan bersih.. Mereka ada banyak kelebihan. Kita kena cari dengan mata hati. Jangan lepaskan peluang selagi mereka masih disisi.

Saya sangat-sangat rindukan dia. Semoga adik saya bahagia di sana dengan kasih Allah.. Sedeqahkanlah al-fatihah untuk adik saya ya... Terima kasih...

Permata hati,
Lembut sang angin membawa aku terbang

Ke lembah kenangan lampau

menyelusuri denai-denai memori

bersama kumpulan rama-rama


seakan terdengar alun suaramu

yang ketawa girang di tengah lapang
saat kita sama-sama berlari riang
suria turut bergembira

hingga terlupa untuk terbenam

lantas masa itu buatmu
menyulam karangan bunga
dari melodi sekeping hati
lambang indahnya sebuah pertemuan

namun siapalah aku
untuk menahan takdirnya tuhan

bulan tetapkan muncul

suria pasti berangkat pergi

kerana itu aku faham

andai suara mula bergema

tautan akan terungkai di persimpangan
hala kembara kita berbeza
tapi aku yakin janji itu
di hujung jalan kita pasti akan bertemu...

ingatan rindu buat adik yang jauh,
Auriss Haira'

8 Mei 2008

1 comment

Anonymous | July 14, 2010 at 3:38 AM

alfatihah utk arwah Aina.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images