Kenapa Saya Berblog?

7:40 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum..

"Kenapa berblog??"

Diterjah soalan begini oleh seorang rakan membuatkan saya tersenyum. Dah agak dah.. Mesti suatu hari nanti ada yang akan bertanya tentang ini. Tambah-tambah dengan penambahan blog-blog yang semakin bertambah, tentu ramai tertanya-tanya kenapa mesti buat blog?

"Nak cari glamour ke?"

Ya Allah, tergelak saya dengar pertanyaan kawan sorang lagi nih. Glamour? Tak terlintas langsung rasanya. Kalau bab segan, rasanya memang selalu je ada.. Macam mana boleh timbul bab glamour pulak ni... Glamour sebab satu dunia boleh baca ke? Glamour macam mana yang korang maksudkan tu? Glamour promote diri ke? 'Auzubillah.. Mintak dijauhkan dari semua tu.. Bukan glamour yang dicari bila saya mula menulis dalam blog nih.. Semuanya semata-mata kerana ilmu. Pengalaman juga satu ilmu kan? Bukan semua melalui dan merasai apa yang kita rasa dan tahu apa yang kita tahu.

Disebabkan ada yang bertanya, rasanya biar saya terang di sini sahaja lah. Antara sebab-sebab saya tulis blog:

1. Kongsi ilmu - Macam yang diterang di atas tadi, saya suka untuk berkongsi ilmu dengan semua. Tak tertakluk hanya pada orang-orang di sekeliling saya. Malahan suka rasanya kalau kita boleh kongsi ilmu dengan semua sekali walau sampai ke hujung dunia sekali pun. Melalui blog, saya boleh berkongsi apa yang saya ada dan saya juga boleh dapat banyak input-input baru dari rakan bloggers yang lain. [ alamak, macam ayat skema jer.. maaf, tapi ini kebenaran dari hati saya.. :) ] Semua orang ada pandangan yang berbeza-beza, macam posting saya tentang kertas bentuk M dulu. Jadi tak semua yang kita lihat sama. Sebab tu saya suka baca dan dengar pandangan orang lain dari sudut yang berbeza. Dunia ni kan luas.. Ini salah satu cara yang saya jumpa..

2. Senang - Kenapa senang? sebab saya bukan jenis orang yang fasih cakap berapi-api di luar. Kadang-kadang bila kita terfikir sesuatu, tak sewenang-wenang je kita boleh terus cerita pada semua. Tak ke pelik namanya kalau tengah-tengah beli sayur dekat balad, tetiba kita tegur pak cik mana-mana dan terus kita cerita tentang apa yang kita fikirkan. Sesetengah orang mungkin boleh, tapi bagi saya itu susah. Saya lebih senang mengikut suasana keadaan. Kalau ada yang mampu saya kaitkan, baru saya kaitkan. Pemalu? Takut? Mungkin jugak .. Itu fitrah saya. Terasa diri yang lebih serba kekurangan berbanding yang lain menyebabkan kadang-kadang kita terpendam apa yang nak disuarakan. Dengan medium blog, saya cuba atasi benda nih..

3. Dakwah - Mungkin blog saya bukan tentang agama seratus-peratus. Saya sekadar menyelitkan apa yang saya rasa boleh membawa kebaikan kepada yang membaca. Itu pun masih boleh dikira berdakwah kan? Lagipun, saya tahu ada je sesetengah orang yang memang tutup terus laman blog yang ada unsur-unsur dakwah berfakta nih bila dah terbuka.. Sebab tu kalau boleh, saya nak cuba berdakwah bukan secara fakta. Eh, saya bukan liberalisme atau sekularisme atau sepupu-sepapat dengan golongan yang mengutamakan akal dari agama tau! Maksud saya, saya nak cuba guna cara yang simple. Blog-blog dakwah yang berfakta dah terlampau banyak. Biarlah saya cuba try dakwah yang simple dan easy.. Bila kita baca baca, kita boleh fikirkan sendiri.. Kalau nak lebih penerangan, boleh lah tanya yang lebih pakar dan mengetahui. Sungguh memang agama takkan terpisah dari hidup manusia. Saya hanyalah membantu dalam menunjukkan jalan alternatif yang boleh membawa ke destinasi yang sama. Ini hanyalah 'denai'. Insyallah, 'denai' ini boleh membawa anda bertemu 'highway' untuk meneruskan kembara ke destinasi bersama. Apa destinasi kita ? MARDHATILLAH....

4. Berita pada yang jauh - Ini untuk family dan rakan-rakan yang jauh la.. Masing-masing di hujung benua. Kalau nak cerita semua benda kat telefon atau YM, maunyer melambung bil karang.. Tambah-tambah, kelapangan masa lain-lain. So, kalau tak sempat cerita mana-mana yang patut, diaorang boleh jugak usyar-usyar perkembangan dalam blog. Sekurang-kurangnya keadaan saya masih dalam pemerhatian keluarga, insyallah... Lagi satu, saya ada dapat ramai kawan dari blog tau. Ha, ni satu benda yang saya suka.. Saya suka tambah kawan.. ^_^

5. Saya suka - eh, ni lain nih.. :P Saya suka blog sebab saya suka cerita. Saya suka cerita sebab cerita besttt.. Dari cerita, saya dapat tahu banyak benda. Saya suka bercerita dan diceritakan. Sebab tu saya buat blog. Nak pinjam kolum mana-mana majalah kang macam tak layak jer.. T_T Hehe... so, sinilah tempat saya bercerita sepuas-puas hati saya.. Insyallah, akan ada input yang boleh dapat dalam blog ini. Kalau takde, mintak maaf yer.. Tambahan saya suka cerita tentang kaitan benda dan kehidupan. Bab-bab analogi memang favourite sejak dulu. Siapa suka beranalogi, anda akan jadi salah satu sumber inspirasi saya untuk berfikir.. ^_^ Bukan senang nak beranalogi nih. Perlukan pemikiran yang kreatif dan kritis. Bukan nak kata blog jenis lain tak suka. Saya suka je semua asal ada input boleh dapat. Tak kiralah input dari segi cerita tentang diri sendiri ke, diari ke, agama ke, politik ke apa-apa ke semua saya suka.. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Sebab tu, saya buat sebab yang kali ni sebab saya suka..

Rasanya cukuplah setakat tu dulu.. Nak pikir banyak macam tak sempat je sekarang. Tapi yang pasti, 5 sebab ni sebab utama saya buat blog. Saya bukan manusia terbaik untuk berbicara tapi saya jugak dipertanggungjawabkan untuk ber 'amal makruf nahi mungkar'.. Nak tak nak, itu sudah tertulis sejak azali. Jadi ini cara saya untuk membuat tugasan saya nih dan harap-harapnya ini boleh masuk dalam list jawapan saya di akhirat kelak. Amiinnn... kalau setakat anda baca 10 minit je pun dah cukup untuk tolong saya dapat saham amal makruf nahi mungkar.. Terima kasih sebab tolong saya.. Semoga Allah tolong balas jasa kalian pulak.. (",)

p/s : Pada yang sudi, teruskan membaca. Semua dialu-alukan untuk berkongsi pandangan dan pendapat masing-masing. Pada yang rasa blog ini kurang manfaatnya, saya tak kisah. Itu hak masing-masing. Apa-apa pun, tunjuk ajar semua dalam aktiviti berblog ni amat saya hargai...

'Memandangkan saya masih di kaki gunung dan belum lagi tiba menjejak ke puncak, saya suka andai ada yang sudi menghulurkan tali dari atas. Tambah-tambah dari pendaki berjaya, petua kalian memang saya tunggu-tunggu'.. Sekian..

4 comments

Write comments
May 28, 2008 at 7:32 PM delete

"......Kami tidak memikulkan kewajipan kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurg; mereka kekal di dalamnya."

(Surah Al-A'raf : 42

subhanallah...layakkah kita untuk menjadi penghuni2 syurga itu....apa yg kak dla nak kongsi kat sini, ialah ayat yg mula2 tu...semalam terbaca ayat ni...kita buat sesuatu mengikut kemampuan kita...kak dla pun fikir mcm tu...sebab tu juga kak dla berblog...[lain2 komen sama mcm apa yg awak dh tulis kat entry tu..(",)]

hmm boleh panggil ainul?....panggil saya, kak dla je...alhamdulillah, kak dla rasa seronok dapat kenal awak...bertambah la blog yang akan menjadi tatapan akak nanti....hehe

tau tak, bile baca awak nyer entry pasal "kenapa saya berblog" ni, terasa macam kak dla sendiri yg tgh cakap..faham tak?apa yang awak rasa tu hampir sama macam apa yang kak dla rasa.....(",)..cuma kak dla takde kekuatan untuk tulis panjang2 macam awak....(",)

ada YM?kak dla ni memang slalu on YM...nanti boleh la kita kenal2...nak sangat kenal awak...(",)

semoga ikatan yang terbina dilimpahi kasih sayang ALLAH dan diberkati oleh-NYA.....

*kak dla link kan blog awak juga, boleh?

warmest salam,
kak dla

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
May 28, 2008 at 7:54 PM delete

boleh je akak... sila lah.. seronok gak boleh kenal akak.. insyallah, ada masa, ainul jenguk2 blog akak nanti yer..^_^

Reply
avatar
May 29, 2008 at 10:19 PM delete

salam ainul.

ks berblog ada 2 sbb utama.

1st is to get connected with my family. instead of ym-ing, chatting or whatsoever, i make it thru writing. my mum encourages me to write because she knows how much i fancy writing. then, looking at my bro in MMU (dah grad dah pun, jeles je. adik lg awal grad dr kakak :( ), he blogs to share his super duper extra knowledges that he has with fellow friends. so, i was upfront to be a good friend to mine too, by sharing my tipbit in ilmu.

my 2nd reason was, i have no close friend over here. no one seem in the same boat with me. good friends, yes i do have but those with the same fikrah as mine, hmm.. sgt la takde. few years ago, i stayed with diff type of people. sgt la tak best. masing2 ada boyfriends la, itu la ini la. tinggal la kita yg solo molo ni sorg2. bosan amat. tp bila dh moved in n duduk dgn junior, wow. life kat sini jd sgt la best. hehe. n sbb dulu tu duduk dgn kelompok yg x berapa best, tu sbb ks blogging. at least, i can find friend over the net :D

ainul, thanks sbb byk bg semangat kt ks :) i appreciate it so so much :)

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
May 30, 2008 at 12:55 AM delete

ks:

^_^ sama-sama.. ala, klu nak lagi boleh jer.. sila-sila lah datang ke mari kalau perlu bantuan pembantu pakar psycology.. takpun, nanti bila six sense ainul kata ks ada something wrong, ainul gi sana kasi 'ubat' ek..saya sedia berkhidmat...hehehe.. gurau jer.. tak kisah pun la.. i can lend a shoulder to cry or an ear to listen to everyone.. jemput2 sekelian manusia.. hehe.. praktise to be a good human n peds la kunun..

:P elok la ks dah hilang bosan. mana taknyer, ks duduk ngan kanak-kanak (ops, sori ye kakak2 housemate ks... :P) bila dah duduk ngan orang yang ceria, maka jadilah kita ceria..!!! btw, ainul pun dapat membau keseronokan ks duduk ngan junior ks.. semangat sentiasa kan? :) chaiyok!

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *