Hati Ibarat Anak Burung

11:35 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum.....

Tadi saya bersembang-sembang dengan seorang kawan sewaktu pergi menziarah rumah seorang senior kami di Irbid ni. Banyak benda yang kami ramai-ramai sembangkan. Tapi yang paling saya tertarik adalah satu cerita berkenaan Hati dengan Anak Burung.

Menurutnya, hati kita ni sama sahaja macam anak burung. Hurm, macam mana tu? Cuba kita belek-belek, apa persamaan antara hati kita dengan anak burung. Anak burung ni perangainya bising. Suka mencicit minta makanan dekat ibu burung. Pagi petang siang malam itu sahaja kerja dia. Kalau tak dapat makanan, selagi itu anak burung takkan diam. Tapi bila dah dapat makanan, dia tak berhenti bising. Dia nak lagi makanan. Macam tu jugalah hati kita ni.

Hati manusia tak pernah berhenti menjerit mahukan 'makanan' daripada tuannya. Makanan hati pula tentunya berupa zikir, peringatan tentang tuhan, dan macam-macam lagi benda yang boleh menyebabkan hati kenyang atau erti kata lain hati tenang. Hanya diri kita sebagai tuan badan sahaja yang boleh menjadi ibu burung kepada anak burung dalam badan kita iaitu hati. Kalau kita nak menafikan yang kita dengar hati kita menjerit nak makanan dan biarkan je hati kita tu tanpa makanan , maka hati kita nanti akan jadi sama ada terus mati ataupun imune dengan sikap kita yang tak nak kasi makanan. Imune ni saya maksudkan sebagai dah tak kisah kita tak kasi makanan. Maka, dia akan terus kekal sebagai anak burung yang takkan membesar dan belajar.

Bila hati dah tegar atau mati, maka tiada cara lain yang dapat membentuk hati dengan baik. Kesannya hati kita akan menjadi seketul daging busuk yang mati dan keras. Atas sebab tu, diri kita pulak akan dipengaruhi dengan sikap hati yang dah mati begini. Maka, akan lahirla manusia yang keras hati, busuk hati dan hati mati. Semuanya berlaku atas sebab yang satu iaitu membiarkan hati kita 'kelaparan' tanpa memberi dia 'makanan' yang sempurna. Sedangkan manusia juga tersiksa bila dah terlampau lapar, inikan pula hati yang juga salah satu unsur penting dalam jiwa manusia. Semuanya membiaskan sikap yang sama seperti diri manusia tu sendiri.

Maka, sebaiknya kita buka telinga luas-luas bila mana kita dengar hati kita menjerit mahukan makanannya. Janganlah kedekut dengan hati sendiri. Kita wajib memberi hati makanan yang sepatutnya kerana seketul hati itu akan mempengaruhi semua aspek kehidupan kita. Kalau hati mati, apa lagi yang tinggal untuk kita? betul tak?

Hurm, seronok saya dengar cerita kali ini. Satu analogi baru yang saya kira tak pernah lagi orang guna. Anak burung dan hati? Menarik kan? Rasanya macam unik bila memikirkan bahawa kita menjaga hati sama seperti kita menjaga anak burung. Semuanya perlu perhatian yang rapi dan teliti. Kalau tak, mati la benda yang kita pelihara ni kan?

Teringat pula kisah lama sewaktu menjaga anak burung yang saya jumpa di tepi jalan sewaktu zaman sekolah dulu. Saya sangat bersemangat nak memeliharanya sampai besar. Sampaikan saya sanggup sediakan tempat tidur yang besar ( kotak kecil je pun, tapi kira sangat besarlah untuk anak burung sekecil tapak tangan .. ^_^) selimut yang selesa dan makanan yang secukupnya untuk anak burung itu. Tapi sayang, saya tak sempat jaga sampai dia besar. Kesian pulak tengok dia menjerit tiap-tiap hari. Rindukan ibu burung barangkali. Jadi, saya ambil keputusan melepaskan anak burung tu di belakang rumah. Apa cerita anak burung tu sekarang ya...

P/S : Alangkah baiknya kalau kita bersemangat menjaga hati sebagai mana kita semangat menjaga anak-anak binatang yang kecil dan comel-comel itu... :)
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *