Hari Ibu

Assalamualaikum....

Semua dah sedia maklum hari ini hari apa kan? Hari ini adalah hari yang paling istimewa buat para ibu yang selama ini cukup berjasa kepada keluarga. Maka, sebagai anak, saya nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada insan yang paling saya sayang dalam hidup ini iaitu ibu saya Pn Norhatijah Salamon.. Selamat Hari Ibu, Mama...

Mama sangat istimewa bagi saya. Terima kasih abah sebab pilih mama jadi mama saya! ^_^
Rasanya dalam hidup saya dari dulu sampai sekarang, saya banyak pengaruhi oleh mama. Masakan tidak, mama yang paling banyak memahami saya berbanding orang lain.

Bagi saya mama adalah kawan saya yang paling best. Saya dah biasa berkongsi semua cerita dengan mama dari sekecil-kecil benda sampailah ke perkara yang paling besar sekalipun. Mama faham sangat diri saya luar dan dalam. Tambahan, mama jenis yang terbuka tapi terpelihara. Kami bebas berbincang pendapat tapi walau macam mana pun mama tetap berpegang pada adat dan agama. Sejak kecil dahulu lagi, mama tak kisah saya bercerita macam-macam. Tentang hidup, hati dan perasaan dan macam-macam lagi. Kalau ada yang dirasakannya tak sesuai, mama tak terus membangkang. Tapi sama ada mama akan suruh tegur secara kias supaya saya boleh fikir sendiri ataupun mama lebih suka mengajak saya membuat perbincangan dengan abah. Sebab mama, saya boleh berfikir dengan lebih luas dari pelbagai sudut. Yang paling saya ingat bila saya tanya mama boleh tak saya pakai satu baju yang rasanya tak lah ketat sangat cumanya agak berbentuk sedikit. Jawapan mama simple je. " Pakailah kalau dah tak rasa malu orang tengok.." Tertampar jugak rasanya.. Hehe... Sampai sekarang, ayat tu masih saya guna pakai dalam kehidupan seharian.. Apapun, mama tetap maintain layan anaknya yang kuat bercerita nih...

Rasanya, sampai sekarang saya tak berjaya nak merajuk dengan mama. Mana taknya, asal baru nak merajuk, mama mesti mula buat lawak. Sudahnya, mulut tak jadi dimuncungkan, gelak pulak yang terkeluar. Saya paling suka cara mama yang sangat mengutamakan keluarga. Tak kiralah dari sebelah mama sendiri atau sebelah abah. Mama selalu lebih mengutamakan ahli keluarga yang tua walaupun kadang-kala saya rasa apa yang mama buat tu tak perlu pun tak apa. Tapi itulah mama. Kata mama, selagi mana ahli keluarga masih ada, kita kena terus utamakan mereka. Mama nampak macam anak yang paling menurut antara semua. Sama macam abah. Ini yang paling saya kagum tentang mereka.

Kehidupan lalu banyak mengajar mama menjadi apa yang mama jadi sekarang. Manakala, kehidupan mama pula menjadi panduan kepada kehidupan saya sekarang. Kemiskinan bukan faktor kegagalan. Yang penting tekad dan usaha. Sebab itu, saya nak buktikan saya juga boleh jadi macam mama. Berjaya dalam hidup dan keluarga. Dalam banyak-banyak hal, saya suka tanya mama apa yang nak dibuat kalau mama dalam situasi saya. Makanya, inilah saya sekarang... Banyak benda dalam hidup saya yang sama macam mama. Mungkin ada jugak yang sikit-sikit tak kot. Tapi kebanyakkannya lah... Pendek kata, mama adalah idola saya no satu..

Mama, terima kasih sebab didik Arina sampai sekarang. Tak terbalas semua jasa dan pengorbanan yang mama buat selama ini. Arina doakan Allah memberi yang terbaik buat mama. Semoga mama sentiasa di bawah naungan rahmat allah di dunia dan akhirat...

p/s :

Saya juga nak mengucapkan Selamat Hari Ibu pada :

1. Mak angkat tersayang, Hajah Rohana di Puchong. Semoga Mak Ana pun selalu di bawah rahmat Allah.. Sayang mak juga...
2. Kak Yan dan Kak An yang baru dapat baby baru last week.. :)
3. Semua ibu-ibu di Malaysia..
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images