Inspirasi Kekuatan

Assalamualaikum....

Seperti biasa di JUST, musim peperiksaan tak pernah berhenti. Cumanya mungkin minggu ni menjadi minggu yang sangat mendesak lantaran pada hari isnin 28/4/2008 ni, tiga exam akan dijalankan serentak iaitu untuk organic chemistry, physiology, dan english 112. Semakin mendekati peperiksaan, maka semakin ramai yang kian tertekan. Saat-saat ketika inilah, ramai yang mula goyah dan mula dikuasai emosi. Tidak dinafikan tekanan yang bertimpa-timpa dari persekitaran, pelajaran malahan mungkin tanggungjawab menyebabkan diri kian tersepit dan buntu.

Saya tak nafikan saya turut terkena percikan bahang perubahan emosi akibat suasana sebegini. Ditambah dengan kesukaran memahami subjek, melihat rakan-rakan yang bersedia menyebabkan saya terasa semakin nervous. Nasib baik kat jordan ni ramai sangat kawan-kawan yang concern dan mengambil berat. Thanks semua.. Syukran sebab tolong bukakkan mata dan fikiran saya tentang hidup ni.. Biasalah, kengkadang bila kita down, kita tak nampak dah yang lain kan. Sebab tu kita perlu kawan untuk tolong kita naik balik.. Berbalik tentang tadi, ramai yang kasi nasihat tentang hidup ni. Saya paling ingat satu phrase kawan ni bahawa lif is unpredictable...

Katanya lagi, kita rasa lemah sebab terlampau memandang mereka yang tinggi. Memang adakalanya bagus, tapi kadangkala kita kena melihat dari sudut yang berbeza. Mungkin betul. Dalam kehadiran ramai yang hebat, terasa diri seakan-akan sangat teruk.. Tapi kita terlupa mencari kekuatan diri sendiri. Setiap yang allah ciptakan ada point kekuatan dan kelemahan masing2. Bukan untuk membangga, tapi cukuplah sekadar penguat di kala tengah
down.. Kata orang, disetiap kali kita merenung kejora di angkasa , jangan lupa juga untuk memandang rumput di bumi.. Tambahan, kesusahan orang yang berusaha lebih tinggi nilainya daripada meraka yang tidak berusaha tetapi mendapat kejayaan. Itu mungkin rezeki.Alhamdulillah, saya mula mendapat kembali semangat. Biarlah kita merangkak, asalkan kita masih pandang ke depan dan meneruskan perjuangan.

Tak cukup sekadar itu, dalam minggu ini saya berpeluang untuk menyelami perasaan beberapa lagi sahabat yang saya rasakan sangat bagus untuk saya jadikan iktibar. Mungkin ini jawapan bagi doa yang saya pinta. Saya pinta pada Allah supaya berikan saya jalan untuk kembali kuat menempuh semua rintangan. Setiap hari, tanpa disengajakan saya selalu dapat melihat satu demi satu masalah yang melanda kawan-kawan saya. Mereka nampak bahagia di luaran, tapi rupanya hati masih luka. Kenapa? Lebih banyak masalah dan ujian yang mereka hadapi berbanding saya. Bila difikirkan, masalah saya tak sehebat masalah mereka. Subhanallah.. Saya baru tersedar. Rupanya saya masih mentah. Masalah sepicing itu sahaja dah cukup melemahkan diri padahal mereka masih ramai yang menerima ujian yang lebih hebat.

Ada di kalangan rakan-rakan saya di sini, rupanya memilih bidang perubatan sebagai pilihan kedua. Pilihan pertama terpaksa dilupakan atas sebab-sebab tertentu. Bukan kerana kelayakan. Mereka sangat hebat untuk mendapat apa yang diingini. Cumanya mereka memilih untuk menggembirakan hati keluarga. Terpaksa? Mungkin ya.. Saya cukup hairan dan kagum. Sebabnya mereka tekad meneruskan perjuangan di sini walaupun bukan seperti yang diimpi. Kalaulah saya disuruh mengambil bidang-bidang lain yang tidak saya sukai seperti matematik, fizik atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan nombor dan perkiraan, pasti dah lama saya mengangkat bendera putih. Saya tak sekuat itu untuk terus berada dalam perkara yang saya tak suka. Tapi sekarang, saya dapat lihat ramai rakan-rakan yang berkeadaan sedemikian. Kalian sangat hebat. Hebat kerana memilih keluarga berbanding impian. Satu perkara yang sangat susah untuk dilakukan. Saya mungkin bertuah kerana dapat memilih apa yang dihajati. Tetapi, saya rasa kalian lebih bertuah sebab berjaya melakukan sesuatu yang sangat hebat. Yang mungkin tak dapat saya lakukan.. I am really impressed with you guys! Semoga, kalian akan terus gigih berjuang di medan ini..

Kedua, saya ada bersembang dengan seorang rakan Palestin. Kadangkala, saya suka bertanya tentang keadaan negaranya. Sebabnya saya sangat kagum dengan mereka. Semangat jihad masih utuh tersemat di sanubari setiap mereka. Walaupun mereka disini, setiap hari mereka akan menyematkan di dalam hati mereka bahawa mereka akan pulang ke palestin dengan kejayaan dan merampas kembali tanah yang dijajah. Atas sebab itu, mereka berjuang sehabis daya di university.. Ilmu adalah salah satu cara menguasai sesuatu. Itu prinsip mereka. Keazaman mereka yang tinggi selalu saya jadikan inspirasi untuk saya turut menjadi sekuat itu. Tambahan, budaya wanita arab yang jarang menangis kecuali utk sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka meratap juga mengajar saya untuk terus kuat berdiri. Separuh dari masyarakat jordan adalah bangsa arab palestin. Mereka tidak lari. Tetapi mereka mempersiapkan diri untuk berjihad. Kalau mereka mampu, kenapa saya tidak? Seharusnya saya menjadi lebih kuat kerana mereka lebih serba kekurangan dan tertekan.. Jadi kenapa perlu saya tunduk pada ujian?


Alhamdulillah, hari ini ada perkara baru yang saya nampak.. Allah menghantar saya ke sini supaya saya boleh belajar untuk menjadi kuat. Lebih kuat dari tempat2 yang lain. Disini, saya belajar dari kawan-kawan yang hebat. Disini juga saya mendapat inspirasi dari penduduk palestin yang kuat. Disini mungkin tempat untuk saya menjana kekuatan diri, dalaman, emosi dan rohani. Ini bumi Anbiya. Bumi tempat para rasul yang kuat menerima ujian. Bumi tempat Islam mula mendapat kekuatan. Kekuatan sangat signifikan di tempat saya sekarang. Maka, apa yang perlu saya lakukan? Simple... Ambil semua kekuatan mereka dan pasakkan kedalam diri saya... Allah dah tunjuk jalan.. Tinggal kita untuk melaksanakan... Semoga semua mendapat kekuatan dalam mengahadapi hidup yang penuh rintangan....


PENGAJARAN : Kuatkan diri dengan solat dan bersabar.. Jangan takut dan jangan gentar. Allah sentiasa bersama kita..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images