Hiburan dan Anak-Anak

Zaman dulu-dulu...

Mak : Adik nak jadi apa besar nanti?
Adik : Adik nak jadi doktor atau ustazah..


Zaman sekarang...

Mak : Adik nak jadi apa besar nanti?
Adik : Adik nak jadi penyanyi atau pelakon..

Hurm... Dah banyak berubah kan persepsi masyarakat kini. Kalau dulu, kanak-kanak bersemangat nak jadi doktor, guru, polis dan jurutera, zaman sekarang mereka lebih berminat untuk menjadi penyanyi, pelakon, penari dan penghibur. Kenapa agaknya?

Lepas habis exam tadi, saya tertarik plak nak surf internet sekejap. Ada plak sorang kawan ni kasi saya link tentang seorang budak kecik yang sangat hebat melagukan nyanyian artis-artis malaysia. Bila kitaorang tengok ramai-ramai, baru kami terperasan yang budak ni adalah budak yang sama yang dulu popular dengan klipnya menyanyi lagu anuar zain dengan penuh perasaan dalam usia yang tersangatlah muda. Wah, makin besar makin hebat nyanyian adik kecil kita nih. Tak cukup dengan itu, saya terperasan semakin banyak klip2 video kanak-kanak kecil yang merakamkan gaya nyanyian masing2 di you tube khususnya. Makin hari makin banyak.. Masing-masing seperti nak menunjukkan kelebihan tersendiri... Ramai rupanya kanak-kanak malaysia yang hebat-hebat dalam nyanyian ni ya..

Tapi terfikir plak saya, kenapa banyak nyanyi je? Kalau klip-klip bakat yang lebih bermanfaat takde lah plak. Contohnya, mengaji quran ke, pidato ke dan apa-apa sahaja lagi yang selain nyanyian. Kalau ada pun semuanya dari negara-negara luar seperti iran, mesir, indonesia dan somalia. Nampak macam malaysia sangatlah hebat dari segi hiburannya. Betul tak?

tengoklah perbandingan video atas artikle ni ( sorilah susah sgt nak letak sini.. terpaksa letak asing2..)...

Hiburan makin lama makin dipertonjolkan di negara kita. Tengok sahajalah dari segi peningkatan rancangan-rancangan pencarian bakat nyanyian yang semakin galak dibuka di seluruh tanah air. Nampaknya, usaha mereka ini sudah berjaya menarik perhatian ramai khususnya remaja kita. Bukan remaja sahaja, malahan warga emas dan kanak-kanak seakan-akan macam turut sama terjebak. Tanyalah sesiapa sahaja tentang mawi contohnya. Pasti semua orang dari sekecil-kecil budak hinggalah ke setua-tua warga emas semua tahu. Bahkan ramai yang sedia mencurahkan ribuan ringgit untuk mengundi insan kesayangan mereka supaya memenangi acara-acara tersebut.

Saya terfikir.. alangkah indahnya kalau duit yang terkumpul itu dapat dimanfaatkan ke jalan yang lebih berfaedah. Pasti banyak perkara baik yang dapat dilaksanakan. Setakat menderma satu per empat dari wang tersebut tidak memadai sedangkan bakinya di salurkan ke jalan yang salah. Lepas tu, mulalah bising kata duit tak cukup lah, kredit habis lah.. padahal tak sedar semua dilabur ke dalam stesen televisyen tersebut.

Sampai sekarang saya masih tak dapat mencari alasan konkrit mengapa kita perlu membantu mereka yang memasuki pertamdingan tersebut... Siapa ada jawapannya? Nak kata kita dapat hasil, apa hasilnya? Terhibur? Bangga? Diakui peminat nombor satu? Apa kepentingannya? Alasan paling lawak pernah saya dengar ialah keluarga dapat berkumpul di hadapan tv bersama-sama atau erti kata lain mengeratkan silaturrahim.. Ya Allah, apa hanya rancangan pencarian bakat sahajakah yang ada di dalam tv tu? Mana hilangnya budaya berkelah bersama keluarga, menziarahi sahabat handai dan saudara mara? Semuanya hilang sebab khusyuk mengundi... Saya cukup 'berbangga' dengan sikap mereka yang sangat gemar bersedeqah dengan cara ini...

Terasa terkilan jugak melihat semakin ramai kanak-kanak yang tertarik ke arah hiburan begini. Salah ke berhibur? Tak salah SELAGI tak melanggar batasan syara'. Masalahnya, apa yang saya kesalkan hiburan seolah-olah dianggap prioriti. Tiada hiburan, tiada hidup. Semuanya pakat-pakat nak cari glamour semata-mata. Sampaikan pelajaran sanggup diketepikan daripada nyanyian. Aduhai adik-adik... Kalau bakat hafalan yang cukup mantap ni digunakan kearah yang lebih baik seperti menghafal quran, menghafal pelajaran dan menghafal buku-buku kan lebih baik.. Bukan nak kata saya ni sangat alim atau baik, tapi saya lebih mengharapkan kanak-kanak seistimewa ini untuk menghasilkan sesuatu yang lebih berguna dan bermanfaat untuk kebaikan agama dan sejagat.

Salah siapa semua ini? Rasanya kita tak perlulah tunding jari pada sesiapa. Bukan pada adik ini, bukan pada ibu bapanya, bukan juga pada masyarakat sekelilingnya. Tapi lihatlah diri kita sendiri. Apakah usaha kita untuk mengelakkan semua ini terjadi? Atau kita hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga pada semua fenomena seperti ini?

Saya seru pada semua marilah bersama kita cuba pulihkan kembali suasana masyarakat kita. Masih belum terlambat untuk bertindak. Kalau tak mampu membantu secara luas, tumpukanlah pada keluarga kecil kita dahulu. Sebagai ahli keluarga tak kira ayah, ibu, akak, abang atau adik, kita boleh membantu meningkatkan bakat ahli keluarga kita dengan lebih berkesan. Janganlah kita biarkan bakat istimewa macam ini terhapus begitu sahaja. Budaya hedonisme perlu kembali dikikis agar kita tak mudah lemah dan hilang jati diri. Bakat seperti harus dihargai dan dibentuk dengan sesuai. Semoga dengan cara ini, ramai generasi wawasan negara kita kelak akan tampil sebagai seorang cendiakawan atau negarawan yang masyhur dan bermanfaat untuk setiap insan.

Berhibur biar kena pada tempatnya. Bakat biar disalurkan pada tempat selayaknya. Kemasyhuran biar terserlah pada kelebihan yang sebaiknya. Semoga Semua mendapat rahmat dan hidayah Allah yang maha esa.
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images