Tuesday, February 9, 2010

Hati Terluka Di Cordova

Assalamualaikum..

Dalam hening pagi, saya bergerak penuh harapan ke Mozquieta Cathedral untuk melihat bangunan sejarah yang paling saya impikan..

Subhanallah.. memang mengagumkan apabila dilihat dari luar tapi..





Sebelum masuk ke dalam, saya diberi risalah tentang masjid ini. Sungguh! Faktanya sangat menyeleweng! Umat islam dianggap penyibuk yang mendirikan masjid di atas tapak cathedral sebelum Kristian mengambil kembali kawasan ini setelah keruntuhan Andalusia. Urgh, hati yang mula-mula tenang tia-tiba jadi menggelegak sedangkan kaki masih belum melangkah masuk ke dalam masjid.



Di dalam bangunan ini, masjid sudah hilang tanda. Yang tinggal hanya kesan-kesan sejarah. Semuanya sudah ditukarkan menjadi gereja. Penuh dengan gambar-gambar yang memuja tuhan mereka. Bunyi azan dan ayat quran telah lama lenyap dan diganti dengan nyanyian gereja dan bunyi loceng yang berdenting saban waktu.



Mimbar dikunci. Lakaran-lakaran islam hanya terpamer di balik kaca. Hilang ditelan zaman. Hendak dibangga pun rasa tak guna. Kalian lihatlah sendiri betapa masjid ini seakan tercemar penuh cela. Malu rasanya. Sedih tak terkira. Pedih!



Sungguh, air mata saya tak berhenti mengalir. Saya sebak melihat masjid diperlakukan sebegini rupa. Sakit hati bertambah berganda bila propaganda kristian diagung-agungkan dan islam dihina sehingga sebegini rupa. Terasa seperti masjid ini menjerit-jerit meminta tolong dari umat islam yang bertandang tapi saya hanya mampu memandang.



Kamu tahu, di sini kami dilarang bersolat. Kami dilarang berdoa. dan kami dilarang berbuat apa-apa. Semuanya serba dilarang atas nama ini adalah gereja! Dan apabila kami bertemu rakan-rakan Islam dari luar, kami diarahkan berpisah kerana 'disini tidak dibenarkan berkumpul'. Benci! Sangat saya benci! Setiap gerak kami diperhati!



Tapi maaf, saya bukan penurut kebatilan. Peluang yang ada saya gunakan sebaiknya untuk bersujud syukur di tanah Andalusia, di bumi Masjid Cordova dimana ini tanah Islam yang pernah menjadi saksi kebangkitan Islam di dunia. Di hujung sudut masjid, saya bersujud penuh harap dicelah-celah saat pengawal terleka, tanpa tahu arah kiblat saya bertawakkal kepada-Nya (alhamdulillah, insticnt kiblat saya tepat akhirnya)... Alhamdulillah, saya berjaya.



Di hadapan saya, baru saya terjumpa mimbar. Mimbar yang berpagar! Supaya jauh dari manusia, hanya mampu dilihat tanpa mampu dirapat. Mengigil tangan ini menggenggam pagar yang memisahkan kami. Saya benci! Di fikiran saya terbayang-bayang, di sini dahulu penuh jutaan manusia sujud menghadap Allah. Mungkin termasuk jua Ibnu Sina, Ibnu Rus, Zahrawi dan sekelian manusia Islam hebat yang lainnya. Rindunya pada mereka...



Semua pertanyaan kami tentang Islam di masjid ini hanya bakal dijawab " ini bukan masjid, ini adalah gereja." Tersiat-siat rasanya hati di sini. Malah lebih menyakitkan apabila perhimpunan paderi bermula, penuh dengan bau kemenyan dan bunyian gereja. Sedang saya di hujung masjid ini sedaya upaya mengalunkan ayat Quran, supaya masjid ini masih ada ayat-Nya yang kekal berkumandang walaupun sayup dan sipi, tapi saya yakin suatu hari nanti, masjid ini akan kembali ke sisi kita..

Saya sumpah! Saya pasti! Umat Islam pasti kembali ke sini. Jika ada peluang dan rezeki saya menyaksikan masa tersebut, saya mahu kembali ke sini. Saya mahu bersujud bukan lagi dengan ketakutan dan keraguan, tapi dengan kebahagiaan dan kesyukuran.

Allah, kembalikanlah masjid ini ke tempat yang sepatutnya. Kau bangkitkanlah umat ini kembali supaya kami tidak lagi dihina sebegini dan Islam kembali menerangi alam-Mu yang sekarang dalam kezaliman. Aku sebagai hamba-Mu akan sedaya upaya berjuang agar Islam kembali menang. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Wednesday, February 3, 2010

Seruan Andalusia

Assalamualaikum...

Demi jejak cahaya
aku tiba kali kedua
dengan misi baru
aku nekad kembali ke situ

bukan napoleon yang aku rindu
tapi sejarah tariq yang aku buru
bersama sirah andalusia
aku tiba menyahut rasa
ziarah sepanyol julung kalinya
bersama perancis menuju cita

biar apa orang bersuara
aku kaya, boros atau gila
yang penting misiku berbeza
dulu menjengah, kini menjelajah
kerana perancis, bumi misi abbasiyah
menebar islam ke dunia eropah

andai dulu aku dungu
kini banyak yang aku mula tahu
maka itu aku tetap melangkah
membongkar rahsia sejarah
islam andalus dan eropah
agar diriku kian gagah
bersama keyakinan dari ilmu bumi allah......

---------------------------------------------------------------------------
p/s:

terlampau banyak kisah baru dan dahulu yang saya temui kali ini. Pengalaman kali ini teramat berharga.. tak sabar saya nak kongsikan bersama semua.. biar kalian tahu, bagaimana kisah saudara kita di sana - bumi andalus dan bumi perancis yang penuh rahsia...

doakan saya pergi dan pulang dengan selamat.. moga ada sesuatu yang boleh dikongsi dengan semua

Thursday, January 28, 2010

Exam Habis : Nu'aym - Math - Baca - Cuti

Assalamualaikum..

Fuh..

Semalam exam dah habis,
Hari ini semua result dah keluar..

Alhamdulillah result semua okay walaupun semalam menggigil-gigil keluar lab komputer sebab exam GIT sangat susah dan menakutkan. Lega sangat! Bolehlah menikmati cuti tanpa sebarang ketakutan terhadap markah dah lepas nih~ Yeay...\(^_^)/

Okay, apa ye nak cerita lepas exam?

Oh, hari ni kami keluar ke Amman. Pagi-pagi lagi pukul 8 lebih dah tercatuk di mujamma tunggu bas. Tak de mood sebenarnya nak jalan-jalan shopping sebab tengah berjimat. Tapi hari ni pergi jugak ke Amman sebab nak ziarah Kak Ain yang baru bersalin haritu.



Oh, Nu'aym sangat sweet dan cute! Pagi-pagi jumpa baby adalah best~ Tambah-tambah bila berkumpul ramai-ramai dengan para ibu yang penuh semangat bercerita kepada kami macam-macam benda. Khusyuk pulak rasanya talaqi ilmu an-nisa' tadi . ;p Lama tak melawat orang Amman.

Tak sia-sia heret sampai tiga orang dari Irbid termasuk penunjuk arah tiga orang dari Amman. Seronok rasanya pagi ni. Dah boleh hafal jalan nak pergi rumah orang Amman, dah sakit perut gelakkan Hanin yang entah apa-apa la lawak comel dia ,dah jumpa Nu'aym, dah update banyak benda dan dah macam-macam dah jadi tadi. Okay hari ini memang sangat seronok.

Cuma tertanya-tanya, apa memang syndrom budak medik kah bila jumpa baby je habis diperhati hujung rambut ke hujung kaki sambil revise subjek2 embryology di sekolah? Elok-elok pula tu main tukar-tukar tips. Macam dah ada rupa sket dah diaorang ni nak ikut jejak langkah kak Ain. Umur pun tak jauh beza kan? Hehehe.. Aminnnnnnn..

Lepas habis lawat Kak Ain dan lunch, kami semua berpecah. Saya dan Fathiyyah akhirnya terperap di kedai buku selama berjam-jam sebelum saya betul-betul tertarik kepada buku ini. (Nasib baik tengah mode berjimat, kalau tak, mahu je rembat tiga empat buku gak tadi.. T_T)



Uish, sejak bila saya ada hati pada matematik nih? Terasa terharu sendiri pulak sebab sejak zaman matematik tambahan wujud lagi, saya memang sangat pesimis dengan nombor-nombor nih..

Baru saya tahu perasaan Sir Ridzuan waktu dia bercerita obsesinya terhadap fizik yang sangat 'interesting' kepada kami sedangnya waktu tu dalam kepala kami hanyalah " nombor? bunga? kod? apekah?.. pening2x~" Saya hanya excited terhadap matematik ketika menonton cerita NUMBERS sahaja di tv. Lain-lain sorry~

Bukan apa, buku ni menarik sebab dia adalah himpunan quiz, jokes, tricks, dan banyakkkkk fakta-fakta pelik tapi menarik tentang matematik yang unik dan best. Lebih kurang macam saya baru kenal satu sudut matematik yang ganjil iaitu matematik nampak agak menarik sampai saya baca pun boleh ketawa atau kekaguman hingga keluar bunyi "waaaaa / oooo..." dengan agak khusyuk! (eh, kenapa kedengaran seperti nerd pulak nih? *heish* )

Apa-apa pun, buku ni agak menarik kerana berjaya menarik pesakit depression-towards-matematics seperti saya untuk membelinya. Nice..nice.. ^_^ Harap-harap buku ni sempat dihadam sehingga habis dengan semangat yang jitu walaupun risiko bakal pening dan tak faham memang sah-sah akan ada. Yang penting, saya tengah berusaha untuk suka semua ilmu Allah termasuk matematik yang sangat kronik ini.

Pagi sampai petang dah best, tapi malam ada sikit kacau. Tadi termenyibuk pula waktu KK ada hal kat sakan. Standard agaknya kalau terduduk sebelah Ketua Helwi nih. Hehe.. Lama tak berkecimpung kembali dalam kes-kes KK nih, macam rindu pulak kat family PERMAI lama. Motto 'di hati' tak hilang-hilang sampai tertulis 'MPPM di hati' pula haritu. Nganga habis orang lain. (-_-')

Never mind lah~

Yang penting, semester satu dah habis. Cuti ada dua minggu untuk dilunaskan dengan cemerlang dan jayanya. Apa bakal saya buat agaknya? Insyallah semestinya akan dengan terus istiqamah melancarkan misi 'Mari Cari Pengalaman Baru, Koreksi Diri sambil Kembara Kenal Bumi Illahi'. Fuh ayat... Ke mana? Itu nanti. *excited2x*

Ops lupa. Irbid sedang panas dengan KEMPEN MEMBACA PERMAI. Ada banyak sangat aktiviti yang diaorang dah mula nak buat. Boleh rujuk sini ya. Mari hangatkan kempen membaca berama-ramai yok~



Dan esok, hari bakal jadi sangat sibuk. Jumpa lagi nanti.. ^_^Y

Friday, January 22, 2010

Sketching itu Best ~

Assalamualaikum..

Tadi ada meeting MPPM, jadi saya nak coret sesuatu tentang dia.

Treshold saya dalam mesyuarat adalah selama 4 jam sahaja. Kemudian saya akan hilang fokus dan mula menunjukkan simptom-simptom pelik yang ramai akhawat sini dah mula faham. Dilihat suka tenung orang dengan sangat kerap, kejap tenung kejap tunduk, kemudian sengih sorang-sorang sambil kefokusan kepada kertas meningkat sangat mendadak. (Deria telinga kepada orang yang membentang sudah hilang, deria mata pada orang depan mula jadi tajam)

Apa saya buat? Jjanggggg~





Hehe... Inilah diagnosis utama menunjukkan saya sudah kebosanan dan dah hilang fokus! Men-sketch manusia terutamanya yang khusyuk penuh gaya..

Oh lupa, saya cakap awal-awal, saya tak reti melukis apatah lagi buat kartun atau potret. Saya cuma reti men-sketch atau nama bahasa melayunya 'melakar'. Lain tau sketch dan lukis. Melukis perlu cantik-cantik, sketch cincai-cincai pun okay, janji gaya benda yang dilukis adalah betul. Ini bezanya.Maka, inilah hasilnya. (Orang sketch pakai pensel halus tak tekan kertas, saya skecth pakai pen siap kertas pun hampir lunyai ;p )

The best moment yang paling saya suka bila habis sketching ialah sewaktu menunjukkan hasil kepada model tanpa diundang. Kebiasaanya kekejutan amat ketara sebab kebanyakan model teruja mereka di-stalker. Ceh! Kadang-kadang kurang menjadi pun diaorang tak kisah sebab rupanya ramai suka diaorang dilukis. ( Salah satu cara untuk buat orang terharu yang baru saya tahu.. ) Eh, jangan risau.. model pilihan saya semua perempuan sahaja. Lelaki, saya tak kacau. Payah nak sketch~ ^_^

* Tak tahannya plak, kalau ada sambungan tu siap ada yang menempah "weh lepas ni sketch aku plak yer " Erk, haha..(pengsan~)

Kalau perasan, kebanyakan sketching saya adalah manusia tanpa muka. Oho, saya memang tak reti lukis muka! Asal lukis muka je jadi muka kartun. Jadi saya memang sentiasa kosongkan muka. Jangan suruh saya lukis muka korang kalau tak mau muka korang jadi muka manusia mutant, okay? ^_^

Men-sketch adalah satu terapi saya dalam menghadapi kebosanan bermesyuarat. Dan juga salah satu cara saya untuk merapatkan diri dengan orang lain. (How i wish i have a scanner/fotostate machine on the spot sebab sketching takkan sama untuk dilukis semula.. Tak sampai hati tak bagi walaupun kita pun kekadang teringin simpan.) Terharu kalau bila datang rumah kawan, kita nampak balik lukisan kita yang masih terpelihara. Huhu.. It is just a capture of moment ~ Simple tapi ada kenangan..


Fakta saya suka Sketching :

1. Jangan banyak gerak-gerak ubah posisi. Saya gam karang!

2. Sketching itu bergantung ikut mood. Mood tenang, gambar lawa. Mood kelam kabut, gambar pun gaya ribut. (Perhatikan gambar pertama di atas, model paling tepi belah kanan sudah macam hantu sebab saya sudah cuak kerana time saya membentang sudah sangat hampir)

3. Jangan saman saya kalau anda terpilih jadi model tanpa diundang. hehe..

4. Mangsa-mangsa model semuanya adalah mereka yang mereka di depan saya selagi mana mata saya berfungsi memaksimakan darjah keluasan pandangan. Nak jadi model, duduk depan, jangan duduk tepi saya. ;p

5. Sketching tiada warna. Jadi selawa mana pun anda melawa, kaler baju anda sama sesama manusia. Adil~

6. Saya paling lemah melukis manusia yang berposing secara control. Tak kisah la ayu ke macho ke. Ish, susah bebenor! Ekspresi natural yang ikhlas dan luar sedar adalah yang paling best untuk di-sketch~ Maka, jangan suruh saya sketch sambil anda bermodel secara ada niat jadi model saya, konfirm takkan jadi! Haha..

7. Sketching saya bukan imaginasi. Saya tak reti men-skecth benda yang saya tak nampak depan mata. Semuanya adalah kejadian sebenar. It turns out to be like a kind of diary , a capture of moment - diambil secara mata asli, tanpa guna kamera teknologi ~


Setiap kali melukis, mesti teringat Kak Hanis Zakaria dan Kak Nor (Hikari)... ;)

Saya pernah sketch meeting PERMAI, meeting MPPM, science hall 2 JUST, exam SPM kertas quran sunnah, kelas MEP3 Intec, tafakkuh, Liqa Ilmi I-gop, MEKAP, study grup.. (semua keadaan di mana saya mula hilang tumpuan.. ^_^ )

I LOVE SKETCHING !!!

(Ya Allah,lindungilah post ini dari di baca oleh bakal para pengerusi mesyuarat aku! Habis bakal kantoi kalau ada yang ingat~ Aminn... )

## next exam 27 Januari - GIT sistem. Doakan ya semua~

Sunday, January 17, 2010

Nota Dari Bunga Matahari




Assalamualaikum....

Ini salah satu gambar yang saya paling suka.Cantik kan suasananya? Kontras biru kuning dan hijau. Sayang sedikit sebab kurang 'sharp'. Lagipun ini gambar sewaktu di atas bas. (Cuba teka dekat mana?)

Bunga matahari agak unik dan saya tertarik pada sifatnya yang 'heliotropism' yakni bunganya sentiasa menghadap ke arah cahaya matahari walau ke mana matahari pergi. Hari ini timur ke barat. Esok pun tetap timur ke barat.

Bila diperhati, seakan bunga ini ada satu keazaman yang tinggi. Walau semendung mana hari yang mendatang, di mana ada cahaya matahari, disitu bunga matahari akan tegak berdiri dan terus memandang ke langit. Walaupun malam tetap tiba, tapi hari esok masih kekal ada untuk bunga matahari terus melihat cahaya mataharinya~ ^_^

Macam falsafah kehidupan yang cantik kan?

Itu adalah si bunga matahari.

Manusia?

Semua dari kita mesti pernah berdepan dengan hari yang teruk. Tambah-tambah kalau mula dari pagi sampai ke tengah malam. 'Bad Hair Day' kata orang. Ditambah dengan orang sekeliling yang menyakitkan hati, kerja yang menimbun, asakan yang bertalu-talu dan perasaan inferior atau sebagainya.

Pasti sangat 'fed-up' dan mahu berhenti di saat itu jugak! Waktu itu, mesti kita terfikir-fikir dengan ribuan ayat 'kalaulah begini..kalau begitu..'

Dan sebagai pelajar perubatan di Jordan, ahh betapa banyaknya ketidak-puasan hati yang pernah saya suarakan rasanya. Cuti seciput, perubatan susah, kerja bertimbun, Arab yang memeningkan, target awal datang Jordan yang makin lari dan macam-macam lagi. Banyak sungguh rupanya~

Tapi saya selalu lupa, semua yang saya hadapi rupanya melatih saya untuk menghargai semua benda-benda yang pernah saya ada. Dan saya juga mungkin terlupa bahawa yang teruk dan menyusahkan itu bila saya berjaya laluinya, kepuasan yang terasa sangat luar biasa.

Dan yang lebih penting selepas yang teruk berlalu, pasti sesuatu yang lebih baik akan menjelma. 'Far away better'~ Insyallah. Cumanya perlu terus tahan dan tahan dengan keyakinan Janji Allah tetap akan tiba seperti yang kita harapkan....

Biasalah, hidup tanpa dugaan itu kan macam pelik saja bunyinya ( kan? kan? )

Sedangkan si bunga matahari itu pun perlu melalui malam sebelum kembali berdiri bertemu cahaya, inikan pula manusia yang tentu jalannya lebih 'istimewa'..

Eh bunga matahari, pandai yer engkau mengajar kami makna dunia~
Jawapan khayalan: Allah ciptakan setiap makhluk kan ada fungsinya ~

Jadi, mari-mari tiru bunga matahari ----> Saya akan sentiasa tunggu matahari!

" Pain-pain go away "
"Let the sun shine in my day "

\(^_^)/

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

p/s: Itu Nota buat rakan-rakan yang kerap 'cedera' di musim peperiksaan macam saya ~

* Nota tambahan untuk diri sendiri: Sudah 3 tahun saya di sini, hanya berbaki 3 tahun sahaja lagi.. Separuh sudah selesai walaupun susah. Jadi tak mustahil separuh yang ini juga boleh saya lunaskan walaupun payah. Mereka mungkin hebat sebab macam senang untuk berjaya, tapi kita juga hebat kalau terus berusaha tanpa putus asa.. Apa bidang sekalipun, ilmu ubat ilmu agama atau ilmu sebagainya, teruskan usaha untuk majukan diri! teruskan usaha! Ganbatte! Ganbatte!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sunday, January 10, 2010

Moral of Medical Jokes --> Good For Exam Motivation

Assalamualaikum...
Exam lagi 4 hari. Dah mula cuak semacam. Baca banyak kali pun bila rasa takut, mulalah nak blank. Haish.. Takpe2, keep going on~ Buat yang terbaik.. Balik dari library tadi, ingat nak stop kejap baca buku, cara release tension macam biasa lah - jalan-jalan internet.. Dan kali ni, terberhenti dekat doctor's jokes~ Best untuk gelak-gelak lepas tension. Have fun!



---------------------------------------------------------------------------------

Mechanic v Doctor Story

Allan, a mechanic, was removing a cylinder head from a Harley-Davidson motorbike, when he spotted a world-famous heart surgeon in his garage. The heart surgeon was waiting for the service manager to come and take a look at his bike.

Allan shouted across the garage, 'Hey Doc can I ask you a question?' The famous surgeon, a bit surprised, walked over to Allan. Allan straightened up, wiped his hands on a rag and asked, 'So Doc, look at this engine. I also can open hearts, take valves out, fix 'em, put in new parts and when I finish this will work just like a new one. So how come I work for a pittance and you get the really big money, when you and I are doing basically the same work?'

The surgeon paused, smiled and leaned over and whispered in Allan's ear, 'Try doing it with the engine running.'

--------------------------------------------------------------------------------

Keep Taking the Medicine

Patient: It's been one month since my last visit and I still feel miserable.
Doctor: Did you follow the instructions on the medicine I gave you?
Patient: I sure did - the bottle said 'keep tightly closed.'


---------------------------------------------------------------------------------

Quick Diagnosis

Nurse: 'Doctor, Doctor the man you've just treated collapsed on the front step. What should I do?'
Doctor: 'Turn him around so it looks like he was just arriving!'


----------------------------------------------------------------------------------

Eating Disorder

A mother complained to her doctor about her daughter's strange eating habits. 'All day long she lies in bed and eats yeast and car wax. What will happen to her?'
'Eventually,' said the Doctor, 'she will rise and shine.'


---------------------------------------------------------------------------------

Beware of Your Doctor Uttering These Phrases During/after Surgery

1.Oops!
2.Has anyone seen my watch?
3.Damn! Page 47 of the manual is missing!
4.Well this book doesn't say that... What edition is your manual?
5.OK, now take a picture from this angle. This is truly a freak of nature.
6.Better save that. We'll need it for the autopsy.
7.Wait a minute, if this is his spleen, then what's that?
8.Hand me that...uh...that uh.....thingie
9.If I can just remember how they did this on ER last week.
10.Hey, has anyone ever survived 500ml of this stuff before?
11.Damn, there go the lights again...
12.Ya know, there's big money in kidneys. Hell, the guy's got two of 'em.
13.Everybody stand back! I lost my contact lens!
14.Could you stop that thing from beating; it's throwing my concentration off.
15.I wish I hadn't forgotten my glasses.
16.Well folks, this will be an experiment for all of us.
17.Steril, shcmeril. The floor's clean, right?
18.What do you mean, he's not insured?
19.This patient has already had some kids, am I correct?
20.Nurse, did this patient sign the organ donation card?
21.Don't worry. I think it is sharp enough.
22.That laughing gas stuff is pretty cool. Can I have some more of that?
23.I don't know what it is, but hurry up and pack it in ice.
24.Hey Charlie, unzip the bag on that one, he's still moving.
25.Did the doctor know he would look like that afterwards?
26.Of course I've performed this operation before, Nurse!
27."Blink once for 'yes'".
28."What do you mean we have the wrong patient?"
29."Why is there a tag on his toe?"
30."Do you think he can hear us?"
31."I didn't even know a human could bend that way."
32."I'm sorry, we must not have used enough anesthesia. Just relax now. We'll be done in a jiffy."
33."Hold the patient still, we've almost pried it open."
34."Nurse, make sure you're getting all this down. It'll make a great 'ER' script."
35.FIRE! FIRE! Everyone get out!


-----------------------------------------------------------------------------------

Funny Doctor's Advice

The best doctor in the world is the veterinarian. He can't ask his patients what is the matter-he's got to just know.
Will Rogers

A man walked into the doctor's, The doctor said 'I haven't seen you in a long time'
The man replied, 'I know I've been ill'
Tommy Cooper

Patient: 'And if I take these little green pills exactly as you suggested, will I get better?'
Doctor: 'Well, let's put it this way - none of my patients has ever come back for more of those pills.'


---------------------------------------------------------------------------------

Medical Term Needed

The man told his doctor that he wasn't able to do all the things around the house that he used to do.

When the examination was complete, he said, "Now, Doc, I can take it. Tell me in plain English what is wrong with me."

"Well, in plain English," the doctor replied, "you're just lazy."

"OK," said the man. "Now give me the medical term so I can tell my wife."


-----------------------------------------------------------------------------------

MOral Of The Story : Study Hard and Smart! - Don't be a ridiculous doctor~

-----------------------------------------------------------------------------------

* Dalam facebook tadi, ternampak status sorang kawan (medical student) :

"400 pages of anatomy,100 pages of embryology,1 lecture on glands (???)-absorb in 1 month.kalau ada org sue aku tym practise nanti,aku tempeleng dia.heh :p"

--> Hahaha, what else can i say? That is a life of medical student~ Fighting!! ^^,

Tuesday, January 5, 2010

Tetamu Ukraine


Assalamualaikum

Kalau bulan lepas, kami menerima kunjungan orang Alexandria, bulan ini kami terima lagi tetamu istimewa dari luar. Riuh rendah rumah kami semalam apabila kakak-kakak Ukraine datang menumpang tidur dalam kelana mereka menjelajah Timur Tengah. Daripada enam orang, tiga menginap di rumah saya, dan tiga lagi di rumah YDPah Kelantan iaitu Kak Hasnita. Kesemuanya kakak final year di CCSMU - Kak Aisyah, Kak Aimul, Kak Mas, Kak Awin, Kak Ain, dan Kak Madiha.

Memandangkan saya sangat kurang kawan di Ukraine (setakat kenal kak Maya dan Kak Soffie), saya rasa makin semangat nak jumpa kakak-kakak yang saya belum kenal ini lagi. Dalam kepala dah terbayang-bayang haaaa bolehlah nanti nak korek banyak info tentang Ukraine dan tambah kawan baru. Manalah tahu nanti boleh jalan-jalan sana kan? ;p

Dan Alhamdulillah malam semalam kami bertemu juga. Walaupun baru pertama kali berjumpa (tumpangkan rumah sebab orang minta tolong), berbual dengan diaorang dah rasa macam kenal lama sangat. Tambah-tambah bila berjaya mencari hubungkait kawan-kawan kami dan kongsi-kongsi pengalaman, maka makin banyaklah yang kami sembangkan sampai lewat malam. Best! (sangat jenuh mencari siapa junior mereka di sini. Warga SAMBEST dan Hira, senior korang kirim salam. Sori lambat inform terutama kepada Kak Asma Haslan yang tengah kebengangan.. Muahhaha..)

Pagi ini, kami bawa mereka jalan-jalan ke JUST seperti pelajar biasa walaupun masa di JUST sangat sekejap kerana ustaz murakib dah sampai, tapi insyallah ok je rasanya. Di JUST macam biasalah, ambil gambar merata-rata.Segan juga sebenarnya nak berposing di universiti dalam keadaan semua orang tengah berduyun-duyun nak ke kelas. Tapi tetamu punya pasal, bantai je lah buat muka tembok~ hehe...

Terkilan satu je, tak sempat nak bawak kakak-kakak tu naik gonggok sebab gonggok tak sampai-sampai lagi padahal kakak-kakak tu dah semangat gila nak naik. Hurm, takpelah. Kita hantar gambar je nanti. Usai di JUST, mereka meneruskan perjalanan ke tempat-tempat lain di Jordan dan kami pula bergerak ke kelas masing-masing. Muka masing-masing ceria teramat. Macam hilang stress pun ada bila ada tetamu.

Di universiti, ada kawan yang bertanya tak penat ke terima tetamu, layan dan bawa jalan merata? Maka saya akan menjawab " Penat tu ada tapi seronok lagi ketara ". Sebabnya saya pernah merasa sangat bahagia menjadi tetamu kepada tuan rumah yang sangat baik dan peramah dan best bila saya mengembara di luar negara, dan saya mahu tetamu saya dapat merasa seperti apa yang saya rasakan juga bila saya menjadi tuan rumah mereka. ^_^

Saya masih ingat ketika saya ke Leeds dan London, tuan rumah yang kami tumpangi adalah kawan kepada kawan/saudara saya. Langsung saya tak kenal mereka. Perasaan cuak jangan katalah, sangat-sangat tinggi. Takut mereka tak suka, takut mereka tak peramah, takut menyusahkan - semua benda saya terfikir. Dah la kita orang baru, rasa semacam je nak datang rumah mereka.

Tapi bila saya tiba, mereka terima saya dengan sangat terbuka. Layanan mereka sangat hebat walaupun mereka sangat sibuk. Semua untuk kami dilebihkan, malah kalau mereka tak sempat buat sesuatu, panjang lebar mereka beri pesanan,nasihat, siap bungkuskan makan minum belanja semua lah. Telefon tanya keadaan pun macam setiap masa. Memang terasa sangat dihargai. Daripada orang asing, dah rasa macam kakak-kakak sendiri.

Dan yang saya tahu, bila saya nak balik, buat pertama kalinya saya rasa sebak untuk pulang. Rasa dah sangat rapat walaupun baru jumpa diaorang setakat dua tiga hari. Mungkin juga sebab dah tahu lepas ni sangat susah nak jumpa mereka lagi. Tapi, itu perasaan yang pertama kali saya rasakan terbentuk atas dasar ukhwah yang sangat tinggi dalam masa sekejap. Serius, saya sangat-sangat terkesan. Mereka sangat hebat!

Sebab itu sekarang bila saya ada tetamu, saya mahu mereka merasakan apa yang pernah saya rasakan dulu. Tapi sampai sekarang saya rasa saya belum cukup menjadi tuan rumah yang cukup baik untuk tetamu-tetamu saya. Harapnya tetamu-tetamu saya berpuas hati dengan layanan kami. INsyallah..

Kawan-kawan, jangan segan-segan terima tetamu. Meraka bawa berkat yang sangat banyak. Alang-alang dah duduk negara Arab, mari kita tiru budaya orang-orang Arab yang sangat memuliakan tetamu ini. INsyallah banyak kebaikannya dan semoga mendapat ganjaran di sisi Allah. ^_^


********************************************************************************

6 Januari : Selamat Hari lahir, mama!!! Semoga mama sentiasa bahagia di dunia dan akhirat~ Rindunya nak balik Malaysia...

********************************************************************************